Monday, 14 December 2015
12.12.2015 Alhamdulillah. Untuk makluman semua murid2 Kelas Kanak2 dan Kelas Dewasa Logo Teratak Iqra Taman Kenari telah di "upgred" kan seperti foto yang tertera. Terima kasih kepada SA Semarak Niaga Printing kerana sudi membuatkan Logo baru ini. Dan untuk makluman semua lencana yang lama masih juga digunakan sehingga penghujung tahun 2016. Sebelum ditukarkan kepada logo baru ini, insyaAllah.
Friday, 27 November 2015
26.11.2015 Hari ini adalah hari terakhir kelas mengaji Teratak Iqra Taman Kenari. kelas akan dibuka semula pada 4hb januari 2016 bersamaan dgn hari isnin. Ini adalah sesi foto bersama2 dengan murid2 selepas majlis membaca Surah Yasin. Ramai yang tidak hadir kemungkinan sudah balik kampung. Namun begitu ada juga yang baru mendaftar untuk belajar mengaji (kelmarin 5 org daftar kelas dewasa dari Taman Nuri dan 3 org dari Taman Kenari utk kelas kanak2).
Thursday, 26 November 2015
Tuesday, 24 November 2015
Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya.
Saya kongsi peristiwa ini untuk dijadikan renungan bersama..
Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya.
Namun anehnya, Imam Syafie langsung menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu pergi melaksanakan perintah Imam Syafie sekalipun dia tidak faham apa maksud dari suruhan itu.
Setelah berlalu beberapa lama lelaki itu datang kembali menemui Imam Syafie mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada kemajuan. Lalu Imam Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan minta untuk mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham. Lelaki itupun pergi melaksanakan anjuran Imam Syafie dengan perasaan sangat hairan.
Setelah berlalu sekian hari lelaki itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya. Dia menceritakan bahawa wang 3 dirham itu dapat mencukupkan semua keperluan hidupnya, bahkan hidupnya menjadi lapang. Dia menanyakan apa rahsia di sebalik semua itu?
Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia jalani itu tidak berhak mendapatkan upah lebih dari 3 dirham. Dan kelebihan 2 dirham itu telah mencabut keberkatan harta yang dia miliki ketika bercampur dengannya.
Lalu Imam Syafie membacakan sebuah sya'ir:
جمع الحرام على الحلال ليكثره
دخل الحرام على الحلال فبعثره
Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak.
Yang haram pun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya.
_____
Barangkali kisah ini dapat menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi kita dalam kehidupan harian. Jangan terlalu berharap gaji besar bila pekerjaan kita hanya sederhana. Dan jangan berbangga mendapat gaji besar, padahal kerjabuat kita sangat lemah atau tidak seimbang dengan gaji yang diterima.
Bila gaji yang kita terima tidak seimbang dengan kerja, ertinya kita sudah menerima harta yang bukan hak kita. Itu semua akan menjadi penghalang keberkatan harta yang ada, dan mengakibatkan hisab yang berat di akhirat kelak.
Harta yang tidak berkat akan mendatangkan permasalahan hidup yang membuat kita susah, sekalipun bertaburkan benda-benda mewah dan serba lengkap. Wang banyak di bank tapi setiap hari bergaduh dengan isteri. Anak-anak tidak mendatangkan kebahagiaan. Dengan teman dan jiran sekeliling tidak sehaluan.
Kendaraan selalu bermasalah. Ketaatan kepada Allah semakin hari semakin melemah. Fikiran hanya dunia dan dunia. Harta dan harta. Penglihatan selalu kepada orang yang lebih dalam masalah dunia. Tidak pernah puas, sekalipun mulutnya melantunkan alhamdulillah tiap minit.
Kening selalu berkerut. Satu persatu penyakit datang menghampiri. Akhirnya gaji yang besar habis untuk cek up ke hospital dan periksa ke klinik. Tidak ada yang dapat dibahagikan untuk sedekah, infak dan amal-amal demi tabung masa depan di akhirat.
Menjalin silaturrahim dengan sanak keluarga pun tidak. Semakin kelihatan mewah tapi sifat kedekutnya juga semakin menguasai.
Semoga Allah mengurniakan kepada kita kemampuan untuk serius dalam bekerja, hingga rezeki kita menjadi berkat dunia dan akhirat !
Kredit FB : Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Monday, 23 November 2015
Kelas Mengaji bercuti selama seminggu (16.11.2015 - 22.11.2015). Ini adalah kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan...
13.11.2015 Seluruh badan panas dan tulang2 semua sakit. Bertahan
dengan memakan panadol. Keesokannya keadaan masih juga begitu. Namun
lebih kurang jam 9.30 pagi @ 14.11.2015 (sabtu) panas badan semakin
panas seperti dibakar dan keadaan tulang kaki kiri juga semakin kuat
hingga ke pangkal paha. Masih cuba bertahan dengan berbaring. Namun
demikian tidak lagi tertahan keadaan panas badan dengan bertemankan
isteri pergi Ke Klinik Dr Mansor tapi tutup. Kemudian ke Klinik Dr
Marhen. Giliran jam 2.50 ptg. Doktor
terkejut dengan keadaan kaki kiri saya dan juga suhu badan saya yang
hampir mencecah 40 darjah Celcius.
Doktor kata dalam keadaan panas begini kamu masih mampu memandu kereta
ke mari....Terpaksalah doktor....Doktor kata...mengenai kaki kamu, saya
tidak dapat mengenal pasti puncanya. Saya pun menceritakan permasalahan
lutut yg saya alami sejak 2011. Sehinggalah saya terpaksa berhenti kerja
kerana rayuan saya untuk diberi kerja ringan (kerja masa pejabat) di
tolak atas sebab kurang pegawai.
Saya kata kepada Dr Marhen saya akan cuba dapat rawatan di Hospital swasta di Kota Kinabalu awal tahun hadapan. Dr Marhen nasihatkan kurangkan pergerakan agresif dan mengenai panas badan yg keterlaluan itu dia cadangkan saya pergi ke hospital untuk pemeriksaan lebih lanjut. Dia akan beri surat untuk pergi ke hospital. Dr Marhen suspek saya kena demam denggi. Kerana area tempat saya tinggal sememangnya kawasan yg paling kritikal kes denggi. Saya kata saya tidak mahu pergi hospital. saya minta ubat sahaja doktor.
Doktor kata kepada saya sekiranya panas badan saya masih berterusan dia nasihatkan saya pergi ke hospital. Saya kata, baiklah doktor....Caj pemeriksaan serta ubat adalah RM 70.00.
Alhamdulillah selama2 hari demam panas telah pulih namun kaki bengkak dan sakit masih juga berlaku (foto terkini [19.11.2015] @ keadaan kaki).....mungkin semua ini adalah ujian dari Allah SWT. Dan mungkin ada hikmah disebalik semua ini....Saya redho ya Allah.

Sunday, 22 November 2015
31.8.2015 Murid2 Teratak Iqra Hari Merdeka 2015
31hb Ogos 2015 Sempena Hari Kemerdekaan...murid2 Teratak Iqra menyanyi lagu2 Negaraku, Sabah Tanah Air Ku, Jalur Gemilang, Warisan dan lain2 lagi....
Saturday, 15 August 2015
Wednesday, 12 August 2015
6.8.2015 Majlis memberi hadiah kepada 2 orang pelajar 2015
Alhamdulillah, hadiah kepada Mohd Hafiz dan Ain Syazana yang byk membantu semasa kelas mengaji.Terima kasih kepada mereka berdua.
6.8.2015 Majlis membaca surah Yasin dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2015
Sunday, 15 March 2015
Kelas Teranum Teratak Iqra
Kelas Taranum dimulkan sejak 2013. Kelas ini diadakan untuk mendidik murid2 dapat mempelajari cara2 taranum asas. Amatlah kurang sekali kelas yang mengadakan kelas taranum di Daerah Sandakan amnya. Sehubungan itu maka kelas taranum diwujudkan agar murid2 generasi akan datang mahir ber taranum dan menjadi generasi yang cintakan AL-Quran, insyaAllah.
-------------------------------------------------------------------
[Klik pautan warna hijau untuk video klip murid2 belajar taranum]
Teratak Iqra Taman Kenari 28/04/13-Murid2 belajar Taranum Al-Quran (Asas)
[Klik pautan warna hijau untuk video klip murid2 belajar taranum]
Teratak Iqra Taman Kenari 28/04/13-Murid2 belajar Taranum Al-Quran (Asas)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[Foto bawah] 8.3.2015 kelas taranum al quran...md hafiz, syazlin dan nuraini. Manakala si kakak dan si adik datang untuk belajar iqra sebab hari dan ahad saja mereka boleh datang belajar mengaji.
-----------------------------------------------------------------------------
[Foto bawah] 1.3.2015 Latinan asas taranum mula dari jam 8 pagi dan selesai jam 9.50 pagi. Murid2 berehat sambil santai minum dan makan....
Saturday, 14 March 2015
18.2.2015 Perujian Membaca Surah Fatihah dan Perujian Azan 2015
18.2.2015
Perujian Azan Murid2 Teratak Iqra 2015. Alhamdulillah, seramai 9 murid lelaki
menyertai Perujian Azan 2015 [klik foto ubtuk imej besar]
Perujian Membaca Surah al Fatihah (Kategori murid2 lelaki dan kategori murid2 perempuan.
Perujian Azan
Sesi Foto Beramai2 murid2 Kelas Dewasa dan Murid2 Kelas Kanak2 2015
[klik foto untuk imej besar]
Alhamdulillah, sesi bergambar beramai2 murid2 Teratak Iqra
2015 selesai lebih kurang 8.55 pagi. Semua murid2 telah dimaklumkan awal2 agar
semua dapat hadir untuk bergambar beramai2. Terdapat sebilangan murid2 tidak
dapat hadir kerana ada kelas tusyen pada hari yang sama dan begitu juga
kemungkinan ada ibubapa murid2 mempunyai urusan keluarga yang perlu
diselesaikan. Kepada murid2 yang tidak dapat hadir hari ini kesian juga.
InsyaAllah semoga dikesempatan dimasa akan datang dapat kita berkumpul dan
bergambar beramai2 ye.(Foto sebahagian murid2 yang hadir untuk sesi bergambar
beramai 2015.
Kelas Dewasa Kelas Belajar Al Quran, Kelas Fardu Ain Dan QA Musykil 2015
[kllik foto untuk imej besar]
Sebahagian murid2 Kelas Dewasa 2015
Sebahagian murid2 Kelas Dewasa 2015
Sebahagian murid2 Kelas Dewasa 2015
-------------------------------------------------------------
13.3.2015 Hari ini sebahagian murid2 Kelas dewasa yg hadir
membaca surah yasin. Selepas baca doa yasin murid dewasa solat isyak berjemaah.
Bagi murid dewasa lelaki belajar azan bergilir. Alhamdulillah boleh juga
walaupun dalam keadaan gementar. Kemudian mereka belajar fardu ain dan kemudian
QA musykil permasalahan agama.kelas bermula jam 6.50 dan bersurai jam 9.30 mlm.
--------------------------------------------------------------------------
10.3.2015 Alhamdulillah hari ini seorang murid dewasa (cik, berusia 24 thn) masuk daftar belajar mengaji bermula dari Iqra 1. Kesian juga sebab dia tinggal di batu 1.5 jalan labuk (Astana Height). Abangnya yg menghantar dan mengambil dia pulang.
Abangnya memaklumkan saya bahawa dia mencari maklumat dari google dan kemudian menghubungi saya untuk menghantar adik perempuannya yg ingin belajar mengaji di Teratak Iqra ini. Si abang bertanya kepada saya, "berapa yurannya sebulan, ustaz?" Saya kata kepadanya...saya mengajar selama ini semata-mata kerana Allah (redho Allah) dan juga berusaha membentuk generasi cintakan Al Quran yang taat perintah Allah.
Sekitar bulan Disember tahun lalu seorang murid dewasa lelaki (berusia 25 thn, kakitangan kerajaan berasal dari Sarawak) juga mencari maklumat di internet dan kemudian telah menghubungi saya memaklumkan hasratnya ingin belajar mengaji di Teratak Iqra. Alhamdulillah sehingga sekarang dia masih belajar di Teratak Iqra ini. Semoga mereka2 ini diberi kesabaran dan rajin belajar.
3 tahun yg lalu sepasang suami isteri yg berusia sekitar 40an dari Taman Mawar juga datang belajar mengaji disini. Lebih kurang setahun kemudian si suami dapat kerja di Kuala Lumpur. Sehingga skrg belum pernah berjumpa dgn mereka. Mudah2an Allah S.W.T. permudahkan perjalanan kehidupan mereka.
Diantara murid2 dewasa ini ada yang sudah berusia 57 tahun (surirumah dan mempunyai 3 orang cucu). Semoga Allah beri kesihatan afiat kepada seluruh keluarganya.
Hari ini setelah belajar mengaji murid2 dewasa diajar untuk membaca surah al Fatihah. Kemudian setiap seorang akan membaca semula surah tersebut utk diperbetulkan. Agak lucu juga ada seorang pelajar dewasa perempuan (cik berusia 40an) malu dan gementar utk membaca. Mungkin belum biasa. Alhamdulillah yg lain boleh membaca dan perlu diperbaiki lagi dan insyaAllah dgn berkat ketekunan mereka satu hari nanti mereka boleh membaca dgn betul....( 3 Foto - suasana murid2 dewasa bergilir membaca surah Al Fatihah).
----------------------------------------------------------------------
26.1.2015 Alhamdulillah, ini adalah pelajar tegar kelas dewasa (2 org tiada
dalam foto sbb balik awal). Kelas dewasa mengaji selesai jam 9.30 mlm.
Kelas dimulakan jam 8 mlm sbb kelas kanak2 hari ini ramai yg hadir...
----------------------------------------------------------------------------
Murid2 Kelas Dewasa membawa juadah untuk majlis Doa Selamat
untuk Kelas Teratak Iqra (Kelas kanak2 dan dewasa)
untuk Kelas Teratak Iqra (Kelas kanak2 dan dewasa)
----------------------------------------------------------------------
Kelas Dewasa 2015
Kelas Dewasa 2015
[Foto atas berdiri no. 3 dari kanan,seorang surirumah yg
berusia 57 tahun
(pelajar dewasa yg senior diantara mereka) belajar mula
dari Iqra 1]
Foto Kelas Dewasa 2013-2014
Foto Kelas Dewasa 2012
Foto Kelas Dewasa 2011
Salah seorang surirumah berusia 47 tahun belajar di Teratak Iqra
-----------------------------------------------------------------------------
Subscribe to:
Posts (Atom)