Saturday 14 March 2015

Kelas Dewasa Kelas Belajar Al Quran, Kelas Fardu Ain Dan QA Musykil 2015


 [kllik foto untuk imej besar]
 
Sebahagian murid2 Kelas Dewasa 2015

  
 Sebahagian murid2 Kelas Dewasa 2015


 
Sebahagian murid2 Kelas Dewasa 2015

-------------------------------------------------------------


13.3.2015 Hari ini sebahagian murid2 Kelas dewasa yg hadir membaca surah yasin. Selepas baca doa yasin murid dewasa solat isyak berjemaah. Bagi murid dewasa lelaki belajar azan bergilir. Alhamdulillah boleh juga walaupun dalam keadaan gementar. Kemudian mereka belajar fardu ain dan kemudian QA musykil permasalahan agama.kelas bermula jam 6.50 dan bersurai jam 9.30 mlm.


 


--------------------------------------------------------------------------


10.3.2015 Alhamdulillah hari ini seorang murid dewasa (cik, berusia 24 thn) masuk daftar belajar mengaji bermula dari Iqra 1. Kesian juga sebab dia tinggal di batu 1.5 jalan labuk (Astana Height). Abangnya yg menghantar dan mengambil dia pulang.
Abangnya memaklumkan saya bahawa dia mencari maklumat dari google dan kemudian menghubungi saya untuk menghantar adik perempuannya yg ingin belajar mengaji di Teratak Iqra ini. Si abang bertanya kepada saya, "berapa yurannya sebulan, ustaz?" Saya kata kepadanya...saya mengajar selama ini semata-mata kerana Allah (redho Allah) dan juga berusaha membentuk generasi cintakan Al Quran yang taat perintah Allah.
Sekitar bulan Disember tahun lalu seorang murid dewasa lelaki (berusia 25 thn, kakitangan kerajaan berasal dari Sarawak) juga mencari maklumat di internet dan kemudian telah menghubungi saya memaklumkan hasratnya ingin belajar mengaji di Teratak Iqra. Alhamdulillah sehingga sekarang dia masih belajar di Teratak Iqra ini. Semoga mereka2 ini diberi kesabaran dan rajin belajar.
3 tahun yg lalu sepasang suami isteri yg berusia sekitar 40an dari Taman Mawar juga datang belajar mengaji disini. Lebih kurang setahun kemudian si suami dapat kerja di Kuala Lumpur. Sehingga skrg belum pernah berjumpa dgn mereka. Mudah2an Allah S.W.T. permudahkan perjalanan kehidupan mereka.
Diantara murid2 dewasa ini ada yang sudah berusia 57 tahun (surirumah dan mempunyai 3 orang cucu). Semoga Allah beri kesihatan afiat kepada seluruh keluarganya.
Hari ini setelah belajar mengaji murid2 dewasa diajar untuk membaca surah al Fatihah. Kemudian setiap seorang akan membaca semula surah tersebut utk diperbetulkan. Agak lucu juga ada seorang pelajar dewasa perempuan (cik berusia 40an) malu dan gementar utk membaca. Mungkin belum biasa. Alhamdulillah yg lain boleh membaca dan perlu diperbaiki lagi dan insyaAllah dgn berkat ketekunan mereka satu hari nanti mereka boleh membaca dgn betul....( 3 Foto - suasana murid2 dewasa bergilir membaca surah Al Fatihah).

 
----------------------------------------------------------------------
26.1.2015 Alhamdulillah, ini adalah pelajar tegar kelas dewasa (2 org tiada dalam foto sbb balik awal). Kelas dewasa mengaji selesai jam 9.30 mlm. Kelas dimulakan jam 8 mlm sbb kelas kanak2 hari ini ramai yg hadir...

 


----------------------------------------------------------------------------

Murid2 Kelas Dewasa membawa juadah untuk majlis Doa Selamat
untuk Kelas Teratak Iqra (Kelas kanak2 dan dewasa)


---------------------------------------------------------------------- 

Kelas Dewasa 2015
  
 Kelas Dewasa 2015
 

[Foto atas berdiri no. 3 dari kanan,seorang surirumah yg berusia 57 tahun 
(pelajar dewasa yg senior diantara mereka) belajar mula dari Iqra 1]


 Foto Kelas Dewasa 2013-2014
 

Foto Kelas Dewasa 2012
Foto Kelas Dewasa 2011

 Salah seorang surirumah berusia 47 tahun belajar di Teratak Iqra

----------------------------------------------------------------------------- 



No comments:

Post a Comment