Persoalan Agama: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi elak perpecahan
USTAZ mengapa orang Islam banyak berpuak sehingga ada yang sanggup kafir mengkafir. Bukankah Islam mengajar umatnya menjaga hubungan persaudaraan sesama Islam. Jika tengok di negara lain, ada yang sanggup berbunuhan dan berperang. Mengapa semua ini berlaku dan membabitkan orang Islam.
SYAFIQAH,Tanjung Malim, Perak. FAHAMAN berbeza memang sudah menjadi realiti hingga hari ini dan perkara itu sudah dibincangkan dalam kitab tauhid dan usuluddin. Saya ingin membawakan beberapa buah hadis menceritakan keadaan umat Islam akhir zaman.
Diriwayatkan oleh Tirmizi (yang bermaksud): “Orang Yahudi telah berfirqah (berpuak) sebanyak 71 firqah (puak). Dan orang Nasrani pula berfirqah (berpuak) sebanyak itu juga. Dan umatku akan berfirqah (berpuak) sebanyak 73 firqah (puak).”
Hadis kedua ialah riwayat Tabarani, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Tuhan yang menguasai jiwa Muhammad, akan berfirqah (berpuak) umatku sebanyak 73 firqah. Satu puak masuk ke dalam syurga dan 72 firqah masuk ke dalam neraka. Sahabat bertanya: Siapakah yang masuk ke dalam syurga itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Firqah yang masuk dalam syurga itu ialah firqah Ahli Sunnah wal Jamaah.”
Hadis ketiga, riwayat Tirmizi bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): “Bahawasanya Bani Israil telah berfirqah (berpuak) sebanyak 72 firqah. Dan akan berfirqah (berpuak) umatku sebanyak 73 firqah. Semuanya masuk neraka kecuali satu firqah. Sahabat bertanya: Siapakah yang satu firqah itu wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: Firqah yang satu itu ialah orang yang beriktikad sebagaimana iktikadku dan iktikad sahabatku.”
Daripada hadis itu dapat kita memahami bahawa Rasulullah SAW telah memberi perkhabaran perkara yang akan berlaku dalam kalangan umat Islam dan khabar itu diterima Baginda daripada Allah SWT secara mukjizat.
Di sini juga kita boleh fahami selepas wafat Rasulullah SAW akan berlaku perbezaan akidah umat Islam sebanyak 73 firqah (puak). Akidah umat Islam yang berpecah menjadi 73 firqah itu kesemua mereka menjadi ahli neraka kecuali firqah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Umat Islam yang termasuk dalam firqah Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah mereka yang akidahnya berpegang dan mengikut akidah Rasulullah SAW dan akidah sahabat Baginda.
Sehubungan itu ada beberapa hadis menyatakan umat Islam akan berpecah beberapa puak yang berbeza dan berlainan akidah antaranya hadis diriwayatkan Imam at-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): “Akan ada dalam kalangan umatku 30 orang pendusta yang kesemuanya mendakwa bahawa ia adalah nabi. Aku adalah nabi penutup semua nabi. Tidak ada lagi nabi selepas aku.”
Hadis ini memberi pengertian jelas akan ada umat Nabi SAW yang mengaku nabi padahal Nabi Muhammad SAW adalah Nabi penutup segala nabi.
Diriwayatkan Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): “Maka bahawasanya sesiapa yang hidup lama di antara kamu, nescaya akan melihat perselisihan faham yang banyak. Ketika itu berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah khulafa ar Rashidin yang diberi petunjuk. Berpegang teguhlah dengan sunnah itu dan gigitlah dengan geraham sekuat-kuatnya.”
Jelas kepada kita akan berlaku perbezaan akidah dalam kalangan umat Nabi Muhammad SAW dan Baginda menegaskan supaya berpegang teguh dengan sunnahnya dan sunnah khulafa ar Rashidin.

Sumber:
-------------------------------------------------------------------
Penghayatan agama mampu bentuk nilai murni remaja
REMAJA ialah golongan yang mendominasi jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Menjelang 2020, bilangan ini dianggarkan akan meningkat kepada 20 juta. Belia sering dilabelkan sebagai aset berharga negara jadi tidak hairanlah setiap negara mengimpikan untuk melahirkan belia cemerlang.
Kita mengakui krisis sosial membabitkan remaja di negara ini dan perkara itu tidak sepatutnya dipandang sambil lewa. Masalah ini bukan masalah kecil kerana remaja bakal mewarisi pemerintahan negara. Ibnu Khaldun pernah mengatakan, jika ingin melihat masa depan sesebuah negara maka lihatlah anak mudanya pada hari ini.
Remaja juga sering dikaitkan dengan mereka yang mempunyai perasaan ingin tahu, mencuba dan memberontak jika apa diinginkan tidak selari arahan serta kehendak ibu bapa. Remaja yang tidak dapat mengawal perasaannya akan mudah terjebak gejala sosial yang negatif.
Kenakalan remaja merujuk perbuatan dan aktiviti bertentangan norma masyarakat, undang-undang negara dan agama. Masalah seperti gangsterisme, buli, melepak, ponteng sekolah, merokok, pergaulan bebas, berzina, buang anak, penyalahgunaan dadah dan pil khayal dikatakan isu remaja.
Banyak sebab dikatakan punca keruntuhan moral remaja seperti asuhan dan kawalan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, keadaan persekitaran serta peranan media dan pelbagai dorongan yang datang hasil perkembangan semasa.
Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada faktor penyebab seperti pentingnya ibu bapa memberikan perhatian serius terhadap anak mereka. Ibu bapa mesti memerhati setiap gerak-geri atau pergerakan anak dan mengetahui rakan pergaulan mereka.
Selain itu penghayatan terhadap agama, nilai murni perlu ditingkatkan kerana anak yang mengikut ajaran agama akan membentuk keperibadian mulia. Oleh itu, untuk anak menjadi insan soleh dan solehah, ibu bapa perlu menunjukkan contoh teladan yang baik.
Sistem perundangan di sekolah juga perlu diwujudkan. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut dalam kalangan pelajar di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah mengawas disiplin.
Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis perlu digunakan untuk mendisiplinkan remaja. Jika ada masalah semua pihak perlu merujuk kepada pihak berkuasa dan undang-undang.
Langkah pencegahan yang bersesuaian seperti kaunseling pada peringkat sekolah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna jika kaunselor berkelayakan dan berpengalaman dilantik memantapkan pelaksanaan kaunseling yang berkesan.
Remaja hari ini perlu menghiasi diri dengan ilmu yang kukuh, keimanan ampuh dan misi utuh. Ketiga-tiga senjata ini perlu untuk memperkukuhkan peribadi kumpulan yang menjadi aset negara baik dari segi sosial, agama, bangsa dan negara.
Bekalan ilmu dapat membantu mengharungi cabaran hidup masa kini dan alangkah ruginya jika zaman remaja tidak dimanfaatkan sebaiknya. Usia remaja hanya datang sekali dalam kehidupan, maka hargailah usia remaja itu.

-----------------------------------------------------------------------------------
Membaca dan beramal dengan kitab suci
pelihara kesucian hati
Soalan:
Ramadan makin hampir dan Ramadan adalah bulan al-Quran.
Malangnya, setiap kali Ramadan saya tidak pernah khatam al-Quran. Mohon ustaz dapat beri motivasi supaya saya dapat khatam al-Quran pada Ramadan ini.
Sesungguhnya Kami (Allah) menurunkan peringatan (al-Quran) dan Kami pasti memeliharanya.” - Surah al-Hijr. Ayat 9
INTAN, Kuala Terengganu.
Jawapan:
Apabila kita menyedari kita seorang Muslim, kita juga perlu menyedari orang Islam ini memiliki kitab suci yang perlu dibaca, difahami dan diamalkan sebagai panduan hidup. Perlu diingat, Allah SWT mengurniakan nikmat ke atas hamba-Nya dengan mengutuskan Nabi-Nya (Muhammad SAW) dan menurunkan kitab-Nya. Al-Quran tiada sebarang kebatilan sama ada dari hadapan atau belakang sehingga terbentang luas bagi para ahli fikir jalan mengambil iktibar atau contoh teladan daripadanya kerana al-Quran mengandungi banyak cerita dan berita.
Dengan adanya al-Quran, nyata teranglah bagi umat manusia jalan kukuh yang harus ditujui dan titian lurus harus dilalui kerana dalamnya terdapat pelbagai hukum yang membezakan antara halal dengan haram.
Al-Quran laksana cahaya yang menerangkan, dengannya manusia akan terselamat daripada kemegahan diri, sebagai penawar mengubati segala jenis penyakit bersarang dalam hati. Sesiapa yang berpegang teguh dengan al-Quran, nescaya ia akan terbimbing untuk mendapat petunjuk.
Sesiapa mengamalkan kandungannya, nescaya ia akan berjaya dan bahagia. Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya Kami (Allah) menurunkan peringatan (al-Quran) dan Kami pasti memeliharanya.” (Surah al-Hijr, ayat 9)
Antara sebab menentukan terpeliharanya al-Quran dalam hati sanubari dan mashaf adalah mengamalkan pembacaannya selalu dan mendalami maksudnya terus-menerus dengan memerhatikan adab serta syaratnya. Kemudian menurut arahan terkandung di dalamnya.
Nikmat besar yang perlu disyu-kuri iaitu diberi kelapangan untuk membaca dan mentadabbur al-Quran.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca al-Quran, kemudian mendapati ada orang lain yang dikurniakan keutamaan selain dari apa yang Allah telah kurniakannya, maka sebenarnya ia telah memperkecilkan sesuatu yang dibesarkan oleh Allah SWT.”
Ibnu Mas’ud berkata: “Sekiranya anda inginkan ilmu pengetahuan, maka pelajarilah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu mengandungi ilmu para ahli terdahulu dan yang terkemudian.”
Amru Ibnul ‘As pula berkata: “Sesiapa membaca al-Quran, maka sebenarnya telah ada bersamanya darjat kenabian, hanya dia tiada diturunkan wahyu saja.”
Rasulullah SAW mencela orang membaca al-Quran, padahal mereka lalai un-tuk melaksanakan pengajarannya. Rasulullah SAW bersabda: “Tiada dikira beriman dengan al-Quran orang yang menghalalkan segala larangannya.”
Sebahagian ulama berkata: “Sesungguhnya seorang hamba itu akan membaca al-Quran, dan ia akan melaknat dirinya, sedang ia tidak sedar akan kelakuannya. Iaitu apabila ia membaca: ‘Awas! Laknat Allah ditimpakan ke atas orang yang zalim’ padahal orang itu berlaku zalim terhadap manusia.
Ataupun dia membaca: “Awas! Laknat Allah ditimpakan ke atas orang yang berdusta’, padahal dia selalu berdusta.
Soalan:
Ustaz, saya bapa kepada enam anak. Saya ingin bertanya, apakah peranan atau tanggungjawab ibu bapa yang boleh dibuat ketika Ramadan terhadap keluarga terutama anak.
WAN ASYRAF, Pasir Putih Kelantan.
Jawapan:
Salah satu rahmat Allah SWT kepada umat Islam ialah Dia memberi nikmat berpuasa dan membantu mereka mendirikan solat pada malamnya. Dia menggandakan pahala amalan baik dan meninggikan darjat mereka yang beramal soleh serta membebaskan penghuni neraka daripada azab-Nya.
Umat Islam hendaklah berusaha beramal sebanyak mungkin dan mengambil peluang daripada keberkatan dibawa bulan ini. Mereka hendaklah mengisi masa dengan melakukan amal ibadat kepada Allah. Berapa ramai berpeluang menghayati bulan ini kerana sakit, meninggal dunia atau kafir.
Dalam kesibukan beribadat, ibu bapa hendaklah menjalankan tanggungjawab terhadap anak seperti biasa kerana itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Mereka mestilah dibesarkan dengan baik dan betul serta diberi pendidikan.
Berilah galakkan kepada mereka untuk membuat kebaikan dan membiasakan dengan amalan soleh kerana anak akan membesar mengikut apa yang dibiasakan oleh ibu bapa.
Antara perkara yang perlu dilakukan kepada ibu bapa semasa bulan Ramadan ialah menggalakkan mereka yang kurang gemar berpuasa supaya cenderung melaksanakan kewajipan itu.
Kedua, mengingatkan mereka hakikat berpuasa bukan semata-mata menahan daripada makan dan minum juga sebagai cara mendapatkan ketakwaan dan menebus segala dosa.
Diriwayatkan at-Tirmizi, daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Amin, Amin, Amin. Maka sahabat bertanya baginda: Wahai Rasulullah, kenapa engkau berkata begitu? Baginda menjawab: Jibril berkata kepadaku: Semoga Allah menghina orang yang apabila Ramadan tiba, dosanya tidak terampun dan aku berkata: Amin. Kemudian Jibril berkata lagi: Semoga Allah menghina orang yang hidup dan melihat ibu bapanya sudah tua, salah seorang atau kedua-duanya, tetapi dia tidak dapat masuk syurga, dan aku berkata: Amin. Kemudian dia berkata: Semoga Allah menghina orang yang apabila disebut namamu padanya dia tidak mengirimkan salam ke atas engkau. Dan aku berkata: Amin.”
Ketiga, mengajar etika dan peraturan ketika makan seperti makan dengan tangan kanan, mengambil makanan yang paling hampir serta mengingatkan mereka pembaziran itu haram. Keempat, tidak membiarkan mereka makan banyak selepas berbuka sehingga terlepas solat maghrib berjemaah.
Kelima, mengadakan pertemuan bagi menghimpunkan saudara mara dan mengeratkan persaudaraan. Amalan ini masih diraikan kerana Ramadan menjadi kesempatan memperbaiki hubungan terputus antara sanak saudara.
Keenam, mengingatkan mereka kedudukan orang miskin yang tidak memiliki sesuap nasi untuk dimakan bagi menghilangkan seksa lapar dan menceritakan orang yang berhijrah atau berjihad pada jalan Allah di merata tempat.
Sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Al-Quransebagaisumberilmu_panduanhidup/Article
--------------------------------------------------------------------------
Dalam Islam, tahnik atau pun belah mulut merupakan satu amalan sunnah Rasulullah SAW yang sunat dikerjakan ketika seseorang anak itu lahir. Pada asasnya, bayi yang baru dilahirkan, berusia7 hari akan disapukan air liur yang bercampur dengan sedikit kunyahan buah kurma pada lelangit mulut bayi itu.
Ia boleh dilakukan oleh ibubapa kanak-kanak itu atau dib
awa ke rumah orang-orang yang dianggap soleh untuk ditahnikkan. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, anak-anak yang lahir telah dibawa kepada rasulullah SAW untuk ditahnik oleh baginda.
Tahnik afdal dilakukan dengan buah tamar. Jika tiada tamar, boleh gunakan rutob (tamarmuda). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu makanan yang manis tetapi madu yang manis lebih baik daripada makanan lain. Dan jangan menggunakan makanan yang telah dimasak. Seeloknya, dibukakan sedikit mulut bayi supaya ia boleh menelan buah tamar tersebut. Tujuan tahnik mengikut ulama adalah melatih bayi untuk makan dan menguatkannya. (IbnHajar, Fath al-Bari 15/390).
Kajian sains juga menunjukkan bahawa seria rasa pada lidah (taste bud) pada bayi terhadap rasa masam dan manis telah terbentuk sejak dilahirkan. Tujuan ALLAH menjadikan bayi mempunyai deria rasa pada usia yang awal ialah bagi menggalakkan mereka menikmati susu ibu mereka yang manis. Pemberian manisan di peringkat awal akan merangsangkan lagi deria rasa ini.
Takwim Hijrah
Sejarah
Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatabradhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.
Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.
Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar
Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.
Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.
Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsadibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.
Penggunaan
Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap. Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan (hilāl) kelihatan ketika matahari terbenam. Jika hilāl tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30. Pencerapan atau rukyah tersebut haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya dihadapan pemimpin.
Dengan pencerapan begini mendorong Muslim berkecimpung dalam bidang astronomi, yang meletakkan Islam terkehadapan dalam sains tersebut buat beberapa kurun. Amalan tradisi ini masih diikuti di negara-negara lain seperti Pakistan and Jordan. Walau bagaimanapun, kebanyakan peraturan astronomi negara Muslim membenarkan penggunaan calendar dan tidak tertakluk sentiasa kepada cara ini. Malaysia, Indonesia, dan beberapa negara yang lain memulakan bulan ketika matahari terbenam pada hari pertama ketika bulan terbenam selepas matahari terbenam. DiMesir, bulan bermula ketika matahari terbenam pada hari pertama yang bulan terbenam sekurang-kurangnya lima minit selepas matahari terbenam.
Umm al-Qura yang rasmi, kalendar Arab Saudi menggunakan kaedah astronomi yang berlainan hinggalah beberapa tahun kebelakangan ini [1]. Sebelum 1420H (sebelum 18 April 1999), jika usia bulan yang terbenam di Riyadh sekurang-kurangnya 12 jam, maka hari yang tamat ketika matahari terbenam itu merupakan hari pertama setiap bulan. Ini menyebabkan negara tersebut meraikan hari-hari raya sehari atau dua hari awal berbanding negara lain termasuklah Haji yang hanya menggunakan tarikh Arab Saudi kerana berlangsung di Makkah. Pada tahun 1380-an H (1970-an), negara Muslim berlainan menamatkan puasa Ramadan pada empat hari yang berbeza. Perayaan aidil fitri lebih seragam pada 1420H. Bagi 1420-22H, jika bulan terbenam selepas matahari terbenamdi Makkah, maka hari yang bermula ketika matahari terbenam tersebut adalah hari pertama bulan Saudi, peraturan yang sama juga bagi Malaysia, Indonesia, dan yang lain (kecuali tempat rukyah dijalankan).
Sejak 1423 H (16 Mac 2002), peraturan telah dijelaskan sedikit yang memerlukan gabungan geosentrik matahari dan bulan untuk berlaku sebelum matahari terbenam, sebagai tambahan untuk memerlukan bulan terbenam sberlaku selepas matahari terbenam di Makkah. Ini memastikan yang bulan telah berlalu melepasi matahari ketika senja, walaupun langit masih terlalu terang sebaik sebelum betul-betul kelihatan anak bulan. Secara tegasnya, kalendar Umm al-Qura digunakan untuk kegunaan awam sahaja. Pembuatnya menyedari yang untuk dapat benar-benar mencerap hilāl buat kali pertamanya boleh berlaku dua hari selepas apa yang dikira dalam kalendar Umm al-Qura.
Sejak 1419 H (1998/99) beberapa pegawai jawatan kuasa pencerap hilāl telah ditetapkan oleh kerajaan arab Saudi untuk menentukan rukyah anak bulan bagi permulaan bulan. Tidak kurang juga, pegawai agama Arab Saudi turut menerima saksi pencerapan oleh sesiapa yang kurang berpengalaman lalu mengumumkan yang hilāl dapat dilihat walaupun pihak pegawai tidak dapat melihatnya. Kebanyakan kesnya, pencerapan tersebut amat sukar dan terdapat yang salah lihat.
Bulan terbenam terkemudian daripada matahari bagi negara yang di barat, maka negara Muslim di sana sering menyambut hari perayaan sehari awal berbanding negara Muslim di timur.
Terdapat pelbagai kalendar Islam yang digelar kalendar Islam tabular yang bulannya dikira melalui kaedah hisab berbanding rukyah atau pengiraan falak. Ia mempunyai kitaran setiap 30 tahun dengan 11 tahun lompat dengan 355 hari dan 19 tahun dengan 354 hari. Bagi jangka masa panjang, ia tepat kepada satu hari dalam 2500 tahun. Ia juga menyisihkan 1 atau 2 hari bagi jangka pendek.
Microsoft telah menggunakan "algoritma Kuwaiti" untuk menukar kalendar Gregorian kepada kalendar Islam secara sulit. Untuk merealisasikan hasratnya itu, Microsoft telah mendakwa menggunakan analisis statistik data bersejarah dari Kuwait tetapi sebenarnya Microsoft telah menggunakan taburan kalendar Islam tabular.
Pengharaman mengubah bilangan bulan
Pada tahun kesembilan Hijrah, Allah berfirman akan pengharaman mengubah pengharaman bulan seperti tertera dalam al-Quran dalam Surah At-Taubah:36-37
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.
Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan itu dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambah kekufuran yang menjadikan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan (bulan-bulan yang empat) yang telah diharamkan Allah (berperang di dalamnya); dengan itu mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. Dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
Pengharaman ini turut diulang baginda Nabi Muhammad s.a.w. dalam khutbah terakhir baginda di Arafah iaitu ketika berlangsungnya Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah 10H di Makkah(perenggan ini sering dibuang daripada khutbah oleh penyunting moden kerana dianggap tidak penting):
Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambahkan kekufuran yang menyebabkan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada satu tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangannya. Mereka merendahkan-rendahkan apa yang diharamkan oleh Allah. Oleh sebab itulah mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya masa telah beredar seperti keadaan hari, kejadian langit dan bumi, setahun adalah dua belas bulan.
Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah s.w.t. adalah sebanyak dua belas bulan. Dari bulan-bulan tersebut ada empat bulan haram, tiga daripadanya berturut-turut iaitu: Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, seterusnya bulan Rejab yang berada di antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban.
Terdapat tiga bulan suci (atau bulan haram) berturut-turut yang dinyatakan oleh baginda iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram lantas mengelakkan pertambahan sebarang bulan sebelum Muharram. Bulan suci yang tunggal lain ialah Rejab. Bulan-bulan ini dianggap suci dalam kalendar Islam baru dan juga kalendar ketika zaman jahiliyah Makkah yang dari itu ia diterbitkan dengan membuang bulan-bulan yang tidak perlu atau ditambah-tambah pada penghujung 10 H. Turutan bulan yang ditambah-tambah, sebelum dibuang, tidaklah diketahui.
Nama bulan Islam
Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.
HIJRAH
Hijrah ke Habsyah
Dua belas lelaki dan perempuan dua belas sahabat, kaum muslim yang awalnya bertemu di Mekkah, mencari perlindungan dari penganiayaan Quraisy dalam Kerajaan Habsyah pada bulan Rejab 7 SH (614 - 615M). Tindakan ini dikenal sebagai Hijrah Pertama ke Habsyah; Habsyah dalam perkara ini kerana kata Arab, al-Habasha, dari mana "Abyssinia" berasal. Mereka kembali semula ke Jazirah Arab setelah tiga bulan berhijrah kerana maklumat yang diperolehi bahawa penganiayaan ke atas umat Islam telah berhenti.Jaafar bin Abi Talib r.a. Beliau merupakan sepupu Nabi s.a.w dan juga saudara susuannya.Susuk tubuh beliau dan akhlak peribadinya persis Rasulullah s.a.w sebagaimana yang diakui oleh Baginda sendiri. Beliau juga seorang yang amat pemurah sebagai akuan daripada Abu Hurairah r.a.Memimpin golongan Islam yang pertama yang berhijrah ke Habsyah (Sudan) akibat penindasan yang melampau yang dilakukan oleh algojo Mekah. Beliau menjadi juru cakap Islam di sana. Apa yang menarik ialah beliau telah berjaya berdakwah kepada Raja Najashi yang menyaksikan dia memeluk Islam.
Hijrah ke Madinah
biasanya merujuk kepada sebuah perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah keMadinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.
HariTarikhNotaHari 1Khamis 26 Safar SH 1(9 September 622) Meninggalkan rumah di Makkah. Tinggal tiga hari di Gua Thur berdekatan kota suci Makkah. Hari 5Isnin 1 Rabiulawal SH 1(13 September 622) Meninggalkan wilayah Makkah. Perjalanan ke daerah Yathrib. Hari 12Isnin 8 Rabiulawal SH 1(20 September 622) Tiba di Masjid Quba dekat Madinah. Hari 16Jumaat 12 Rabiulawal SH 1(24 September 622) Kunjungan pertama ke Madinah untuk solat Jumaat. Hari 26Isnin 22 Rabiulawal SH 1(4 Oktober 622) Pindah dari Masjid Quba ke Madinah.
Takwim Hijrah
Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi.
Sambutan Maal Hijrah di Malaysia
Setiap kali tahun Hijrah tiba, satu perhimpunan akan diadakan di Malaysia bagi menyambut tahun Hijrah yang baru. Upacara ini akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan disaksikan oleh ribuan rakyat Malaysia. Setiap tahun juga, akan diberi Anugerah Maal Hijrah kepada yang layak
Di Malaysia, tahun hijrah disambut dengan penamaan tokoh-tokoh maal hijrah.
-----------------------------------------------------------
Hukum membeli KFC dan Mc Donald
Assalamualaikum.. saya mahu bertanya tentang hukumnya sekiranya kita membeli barang-barang seperti mcdonald,kfc,nokia dan sbg kerana ada maklumat dlm internet yg mengatakan bahawa produk2 atau syarikat ini menyokong YAHUDI… Saya juga ingin tahu status halal makanan segera spt mcdonald dan kfc.. terima kasih.
jawaban:
Posted on March 17, 2012 by admin—No Comments ↓
Wa’alaikumussalam..Pembelian barangan dalam bentuk kegunaan dan juga makanan adalah menjadikeperluan bagi hidup seseorang. Pembelian barangan tersebut adalahbergantung kepada keperluan dan niat seseorang. Jika dia berniat denganpembelian barangan tersebut dengan maksud menyokong Yahudi bermakna diabersubahat dengan Yahudi, sebaliknya jika pembelian barangan tersebutbukan bertujuan untuk menyokong Yahudi tetapi untuk keperluan maka iaadalah harus.
sumber:
http://alhafiz.net/soaljawabagama/assalamualaikum-saya-mahu-bertanya-tentang-hukumnya-sekiranya-kita-membeli-barang-barang-seperti-mcdonaldkfcnokia-dan-sbg-kerana-ada-maklumat-dlm-internet-yg-mengatakan-bahawa-produk2-atau-syarika/
----------------------------------------------------------------------
Sifat amanah merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam
kehidupan manusia .Ia tidak boleh melepaskan dirinya dari menunaikan amanah
yang telah dibebankan kepadanya(pekerja atau individu) oleh kehendak kehidupan.
Pengertian:
Setiap yang wajib dipelihara dan ditunaikan manusia dan Islam kepada ahlinya.
Firman Allah dalam Surah Al-A'raf ayat 85:
Maksudnya:
Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.
Allah Taala berfirman dalam Surah An-Nisa ayat 58:
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya),
Sabda Rasulkullah SAW bermaksud:
"Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menunaikan janji"
Bahagian amanah:
1) Amanah kepada Allah
Melakukan dari segi ibadat
2) Amanah sebagai Penjawat Awam
Contoh:Laksanakan tugas dengan jujur
3) Amanah sebagai pemimpin
Contoh: Laksanakan tugas sebagai pemerintah
Nabi SAW bersabda:
"Pemimpin itu adalah pemerintah dan bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya"
(Riwayat Muslim)
4) Amanah sebagai rakyat mengikut pemerintah
5) Amanah kepada Keluarga
Contoh: Memelihara anak/isteri
6) Amanah kepada sesama saudara
Contoh: Pelihara Rahsia
Amalan dari sifat beramanah
-Melahirkan kesedaran kerana setiap perbuatan dilihat oleh Allah
-Menyiapkan tugas yang di amanah
-Amanah membawa rezeki
Peranan Amanah dalam Kehidupan
- Melahirkan kebahagiaan dalam keluarga
- Membawa kepada sifat percaya mempercayai
Kepentingan Nilai Amanah dalam Organisasi
-Menggunakan masa sewaktu di pejabat dengan sebaik-baiknya
-Membelanja harta awam mengikut peraturan yang ditetapkan
-Tidak melakukan penipuan,penyelewangan dan rasuah
-Menyiapkan kerja dalam masa yang ditetapkan
Akibat tidak bersifat amanah
-Melakukan penipuan dan penyelewangan
-Menyalahgunakan kuasa dan kedudukan
-Cuai dalam menjalankan tugas
-Menggunakan waktu pejabat untuk membuat kerja persendirian
Kesimpulan:
Setiap orang hendaklah melaksanakan tanggungjawab dalam menunaikan amanah kerana amanah itu wahyu Allah SWT.

-----------------------------------------------------------------
Persoalan Agama Tak guna bersahabat dengan orang dikuasai nafsu
Oleh Ustaz Zahazan
bhagama@bharian.com.my
2012/04/08
----------------------------------------------------------------------------------
Tanya:
Abdullah 08564044xxxx

11 cara pilih kawan menurut Islam agar jiwa terpelihara daripada keinginan dunia semata-mata
Soalan: SAYA mempunyai kawan-kawan di sekolah dan asrama dengan pelbagai perangai. Ada yang pemarah, kedekut dan suka membuli. Sementara yang baik perangai tidak ramai. Adakah perlu saya berkawan dengan kawan yang bersifat negatif atau perlu menjauhi mereka? Jika saya menjauhi mereka, takut nanti dikatakan sombong pula. Bagaimanakah cara sebaiknya supaya saya mendapat keredaan Allah? Mohon panduan.

Firman Allah bermaksud: "Maka berpalinglah engkau dari orang yang tidak mempedulikan peringatan Kami dan ia hanya menginginkan kehidupan dunia semata-mata." (Surah an-Najm, ayat 29)
Fahmi
Ipoh, Perak
Jawapan:
Bukan semua orang boleh dijadikan sahabat kerana Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang patut dipilih menjadi kawan.”

Oleh itu, rakan yang dipilih mestilah mempunyai beberapa sifat dan perangai istimewa yang menyebabkan kita memilihnya untuk dijadikan rakan atau sahabat. Kesimpulannya, hendaklah sahabat itu seorang yang waras fikiran, baik budi pekerti, tidak fasik, dan tidak terlampau mementingkan hal keduniaan.
Imam Ghazali menyebut dalam kitabnya, Ihya Ulumiddin, sifat waras pemikiran itu menjadi modal atau pokok dalam kehidupan kerana tidak ada gunanya membuat sahabat pada orang bodoh atau kurang akalnya kerana demikian itu akan membawa kepada perasaan tidak tenteram dan perselisihan sekalipun persahabatan itu berjalan begitu lama. Ada pula yang berkata, bahawasanya memutuskan persahabatan dengan orang yang bodoh itu adalah satu pengorbanan (iaitu untuk mendekatkan diri) kepada Allah.
Mengenai budi pekerti mulia itu, setiap orang patut bersifat dengannya kerana tidak ada gunanya bersahabat dengan orang yang sering dikuasai perasaan marah, dipengaruhi nafsu syahwat, kedekut, pengecut atau menurutkan nafsu buruk.
Manakala orang fasik dan tetap pula dengan kefasikannya, tidak mahu bertaubat dan tidak mengendahkan nasihat supaya mengubah sikapnya, maka orang ini juga tidak ada gunanya dijadikan sahabat.
Malah melihat kelakuannya saja akan mendorong jiwa kepada perkara maksiat serta memadamkan rasa benci kepada maksiat dalam hati. Mereka yang tidak takut kepada Allah tidak dapat dipercayai persahabatannya dan tidak dapat ditolak kecurangannya, malah suka bertukar sikap atau pendirian.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah engkau menurut orang yang telah Kami lalaikan hatinya daripada mengingati-Ku, lalu ia mengikutkan hawa nafsunya.” (Surah al-Kahf, ayat 28)
Firman Allah lagi bermaksud: “Maka berpalinglah engkau dari orang yang tidak mempedulikan peringatan Kami dan ia hanya menginginkan kehidupan dunia semata-mata.” (Surah an-Najm, ayat 29)
Kesimpulannya dalam ayat itu, Allah melarang bersahabat dengan orang fasik.

Alqamah berpesan kepada anaknya: “Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang bersifat demikian (iaitu antaranya): Jika engkau berbuat baik kepadanya, ia akan melindungimu.
Kedua, jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
Ketiga, jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
Keempat, jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
Kelima, jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
Keenam, jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
Ketujuh, jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
Kelapan, jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
Kesembilan, jika datang sesuatu bencana menimpamu, ia akan meringankan kesusahanmu (iaitu membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
Kesepuluh, jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
Kesebelas, jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
Kedua belas, jika engkau berselisih faham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.”
Saidina Ali dalam satu syairnya (yang bermaksud): “Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sampingmu, ia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu, orang yang setiap masa bekerja untuk keperluanmu, sanggup mengorbankan segala-gala untuk kepentingan dirimu.”
Saidina Ali dalam satu syairnya (yang bermaksud): “Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sampingmu, ia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu, orang yang setiap masa bekerja untuk keperluanmu, sanggup mengorbankan segala-gala untuk kepentingan dirimu.”
----------------------------------------------------------------------------------
Published: 8 Juli 2009Posted
in: Fiqih
Tanya:
“Assalamu’alaikum. Ustadz, apakah bersentuhan kulit antara suami
istri dapat membatalkan wudhu? Kalau boleh ana minta jawaban menurut 4 imam
madzhab”.
Abdullah 08564044xxxx
Jawab:
Wa’alaikumus salam
Jika terjadi sentuhan langsung antara
laki-laki dan perempuan apakah membatalkan wudhu ataukah tidak ada tiga
pendapat ulama.
Pendapat pertama, wudhu itu batal baik sentuhan tersebut diiringi dengan syahwat
ataukah tidak.
Ibnu Katsir mengatakan, “Pendapat
yang mengatakan wajibnya berwudhu karena sekedar menyentuh perempuan adalah
pendapat Syafii dan para ulama mazhab Syafii, Malik dan pendapat yang terkenal
dari Ahmad bin Hanbal” (Tafsir al Qur’an al Azhim 1/669, terbitan Dar Salam).
Pendapat ini juga didukung oleh Ibnu
Hazm. Ibnu Mas’ud dan Ibnu Umar juga berpendapat dengan pendapat ini.
Pendapat kedua, bersentuhan dengan perempuan tidaklah membatalkan wudhu sama
sekali. Inilah pendapat Abu Hanifah, Muhammad bin Hasan asy Syaibani dan
sebelumnya merupakan pendapat Ibnu Abbas, Thawus, al Hasan al Bashri dan Atha’.
Pendapat inilah yang dipilih oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah.
Pendapat ketiga mengatakan
bahwa menyentuh perempuan itu membatalkan wudhu jika diiringi syahwat dan tidak
membatalkan wudhu jika tanpa syahwat.
Pendapat yang paling kuat adalah pendapat kedua mengingat dalil-dalil sebagai berikut.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنْ
عَائِشَةَ قَالَتْ فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لَيْلَةً مِنَ
الْفِرَاشِ فَالْتَمَسْتُهُ فَوَقَعَتْ يَدِى عَلَى بَطْنِ قَدَمَيْهِ وَهُوَ فِى
الْمَسْجِدِ وَهُمَا مَنْصُوبَتَانِ وَهُوَ يَقُولُ « اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِرِضَاكَ
مِنْ سَخَطِكَ وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لاَ
أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ ».
Dari Abu Hurairah, dari Aisyah, aku
kehilangan Rasulullah pada suatu malam dari tempat tidurku lalu kucari-cari.
Akhirnya tanganku memegang bagian dalam telapak kaki Nabi. Ketika itu Nabi di
masjid dan kedua telapak kakinya dalam posisi tegak. Saat itu Nabi sedang
mengucapkan doa, ‘Ya Allah, aku berlindung dengan ridhaMu dari murkaMu dan
dengan maafMu dari hukumanMu. Aku berlindung dengan diriMu dari siksaMu. Aku
tidak mampu memujimu sebagaimana pujianMu untuk diriMu sendiri’ (HR Muslim no
222).
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
كُنْتُ أَنَامُ بَيْنَ يَدَىْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَرِجْلاَىَ
فِى قِبْلَتِهِ فَإِذَا سَجَدَ غَمَزَنِى فَقَبَضْتُ رِجْلَىَّ وَإِذَا قَامَ
بَسَطْتُهُمَا – قَالَتْ – وَالْبُيُوتُ يَوْمَئِذٍ لَيْسَ فِيهَا مَصَابِيحُ.
Dari Aisyah, Aku tidur melintang di
hadapan Rasulullah yang sedang shalat. Kedua kakiku terletak di arah kiblat.
Jika beliau hendak bersujud beliau sentuh kakiku sehingga kutarik kedua kakiku.
Jika beliau bangkit berdiri kembali kuluruskan kakiku. Aisyah bercerita bahwa
pada waktu itu tidak ada lampu di rumah (HR Bukhari no 375 dan Muslim no 272).
Kedua hadits di atas menunjukan bahwa
sentuhan antara laki-laki dan perempuan tidaklah membatalkan wudhu. Seandainya
wudhu batal tentu shalat yang Nabi lakukan juga batal.
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ
النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُقَبِّلُ بَعْضَ أَزْوَاجِهِ
ثُمَّ يُصَلِّي وَلَا يَتَوَضَّأُ
Dari Aisyah, sesungguhnya Nabi itu
sering mencium salah seorang istri kemudian beliau langsung shalat tanpa
mengulang wudhu (HR Nasai no 170 dan dinilai shahih oleh al Albani).
Hadits ini menunjukkan bahwa sentuhan
bersyahwat itu tidak membatalkan wudhu. Sebagaimana kita ketahui bahwa mencium
istri itu identik dengan syahwat
[Silahkan membaca buku Shahih Fiqh
Sunnah 1/138-140, terbitan Maktabah Taufiqiyyah].
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
TERAWIH LAPAN ATAU DUA PULUH RAKAAT...
Sering kita lihat dua keadaan yang berbeza dalam pelaksanaan solat tarawih iaitu dari sudut bilangan rakaatnya. Ada yang melaksanakan lapan rakaat dan ada yang 20 rakaat.
Pada masa sama, sebahagian masjid atau surau di negara kita, ada pula yang mengadakan tazkirah atau ceramah selepas lapan rakaat itu.
Kedapatan sebahagian makmum yang mempertikaikan kenapa perlu tazkirah, sedangkan Ramadan hanya sekali, sebaiknya diisi dengan menunaikan solat tarawih sehingga 20 rakaat. Tazkirah atau ceramah boleh diadakan pada waktu yang lain. Sebelum menjawab isu ini, sebaiknya kita melihat dalil mengenai bilangan rakaat solat tarawih sama ada ia ditunaikan lapan rakaat atau 20 rakaat.
Dalil solat tarawih lapan rakaat:
Saidatina Aisyah ditanya mengenai solat nabi SAW pada bulan Ramadan, beliau menjawab: Baginda tidak pernah solat pada malam Ramadan atau malam bulan lain melebihi 11 rakaat. Baginda bersembahyang empat rakaat, jangan ditanya tentang kesempurnaan dan panjangnya solat baginda, kemudian baginda bersembahyang lagi empat rakaat, jangan ditanya mengenai kesempurnaan dan panjangnya solat baginda, lalu Baginda sembahyang pula tiga rakaat (witir). Hadis Riwayat Bukhari (1909), Muslim (738).
Imam Sayuti menulis bahawa tiada dalil yang menunjukkan bahawa Nabi SAW menunaikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat, sebaliknya riwayat yang kukuh hanya menyebut baginda menunaikan solat tarawih tanpa menyebut bilangan rakaatnya. Imam Ibn Hajar al Haithami pula menyatakan bahawa hadis: Baginda bersembahyang (tarawih) 20 rakaat adalah sangat daif. (Ensiklopedia Fekah 27/142)
Dalil solat tarawih 20 rakaat:
Rasulullah SAW ditanya mengenai solat sunat pada malam hari, Baginda menjawab: Sembahyang malam dua rakaat, dua rakaat, jika kamu bimbang hampir waktu Subuh, akhirilah dengan solat witir satu rakaat ( Hadis Riwayat Bukhari (946), Muslim (749).
Hadis ini tidak menetapkan bilangan rakaat, asal saja ditunaikan secara dua rakaat satu salam. Berdasarkan kedua-dua hadis di atas yang berstatus sahih, menunaikan solat tarawih sama ada lapan rakaat atau 20 rakaat sudah menepati sunnah.
Sesiapapun tidak sepatutnya mempertikaikan golongan yang melaksanakan lapan rakaat atau 20 rakaat. Cuma pada zaman Rasulullah, baginda melaksanakan solat lapan rakaat dengan bacaan yang begitu panjang sehingga diriwayatkan ada yang menghampiri waktu Subuh.
Jika solat tarawih ditunaikan dengan begitu panjang, mungkin makmum tidak mampu untuk menghabiskan solat tarawih tersebut, sedangkan menyelesaikan solat bersama imam juga adalah satu tuntutan. Sesiapa yang berdiri bersama imam sehingga beliau beredar (setelah selesai solat), maka ditulis baginya Qiamullail sepanjang malam. (Riwayat Tirmizi)
Mengambil kira pelbagai situasi seperti ketidakmampuan makmum dan sebagainya, ulama menyarankan agar dipendekkan bacaan tetapi ditambah bilangan rakaatnya. Berdasarkan amalan sahabat yang menunaikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat, maka amalan itu telah diterima daripada generasi ke generasi. Pada zaman Imam Malik, solat tarawih dikerjakan sebanyak 36 rakaat.
Menurut pandangan Imam Nawawi pula dalam kitab Majmuk: Solat tarawih adalah sunnah dengan ijmak ulama, mengikut mazhab kita (Shafie), ia ditunaikan 20 rakaat dengan 10 kali salam, dan boleh ditunaikan secara berseorangan dan berjemaah. (Majmuk 4/31)
Sebagai Kesimpulan, boleh dipertikai jika solat tarawih ditunaikan kurang daripada lapan rakaat. Jika sudah dilaksanakan lapan rakaat, terserah sama ada untuk mengadakan ceramah, tazkirah atau apa saja yang boleh memberi manfaat bersama kepada jemaah, terutama jika itu yang diminta oleh pihak jemaah di satu-satu tempat.
Jika imam menunaikan tarawih sebanyak 20 rakaat, maka adalah lebih afdal bagi makmum mengikut imam sehingga selesai solat dan tidak keluar ketika lapan rakaat seperti maksud hadis Tirmizi di atas. Jika ingin menunaikan lapan rakaat, sebaiknya berjemaah bersama imam yang menunaikan tarawih lapan rakaat juga.
Namun oleh kerana Ramadan adalah bulan beribadat yang mana pahala digandakan, sebaiknya tarawih ditunaikan 20 rakaat atau lapan rakaat tetapi dengan bacaan yang panjang.
Bolehkah qada solat untuk keluarga yang sudah meninggal dunia.
Antara ibadat yang jelas boleh diqada oleh orang lain bagi pihak si mati ialah ibadat puasa dan haji seperti yang disebut dalam pelbagai riwayat hadis. Antara hadis yang menyentuh mengenai qada puasa bagi si mati ialah sabda Rasulullah SAW bermaksud: Sesiapa yang meninggal dunia dan masih terhutang puasa, maka hendaklah walinya (warisnya) berpuasa bagi pihaknya. ( HR Bukhari dan Muslim).
Mengenai ibadah haji pula, sabda Baginda kepada seorang wanita yang bertanya mengenai ibunya yang tidak sempat menunaikan haji, sedangkan beliau telah bernazar untuk berbuat demikian. Laksanakanlah haji untuk ibumu. (HR Muslim dan Ahmad).
Mengenai qada solat, tidak terdapat riwayat bahawa Rasulullah SAW memerintahkan supaya solat yang ditinggalkan oleh seseorang diqada oleh orang lain. Berdasarkan kedudukan ini, jumhur ulama menyatakan bahawa solat tidak boleh diqada oleh orang lain sama ada oleh anak dan sesiapa saja lebih-lebih lagi apabila membabitkan bayaran tertentu.
Antara fatwa semasa yang menyokong pandangan ini ialah fatwa yang dikeluarkan oleh Lujnah Fatwa Al Azhar dan Mufti Saudi Almarhum Syeikh Abdul Aziz bin Baz.
Namun ada juga sebahagian ulama yang membolehkan solat diqada oleh pihak waris berdasarkan fatwa Ibnu Umar kepada seorang wanita yang bertanya mengenai ibunya yang bernazar untuk solat di masjid Quba tetapi meninggal dunia sebelum sempat menunaikan nazarnya.
Ibnu Umar berkata kepada wanita tersebut: Tunaikanlah solat bagi pihak ibumu. Kisah yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari ini menunjukkan bahawa solat itu yang asalnya adalah sunat menjadi wajib apabila dinazarkan. Oleh itu, tiada beza dengan solat fardu dari sudut kewajipannya. Namun, fatwa ini adalah pandangan sahabat saja dan terdapat juga riwayat lain yang bertentangan dengan fatwa berkenaan.
Mengenai menghadiahkan pahala solat sunat kepada waris yang telah meninggal dunia, maka ia termasuk dalam kategori ihsan atau berbuat baik kepada si mati berdasarkan hadis: Antara (bentuk) berbuat baik kepada ibu bapa itu ialah engkau solat untuk mereka bersama solatmu... (HR Daruqutni).
Walau bagaimanapun, ada juga ulama yang berpandangan bahawa solat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah doa berdasarkan kepada makna asal solat dari sudut bahasa.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Membaca dan beramal dengan kitab suci
pelihara kesucian hati
Ramadan makin hampir dan Ramadan adalah bulan al-Quran.
Malangnya, setiap kali Ramadan saya tidak pernah khatam al-Quran. Mohon ustaz dapat beri motivasi supaya saya dapat khatam al-Quran pada Ramadan ini.
Sesungguhnya Kami (Allah) menurunkan peringatan (al-Quran) dan Kami pasti memeliharanya.” - Surah al-Hijr. Ayat 9
INTAN, Kuala Terengganu.
Jawapan:
Apabila kita menyedari kita seorang Muslim, kita juga perlu menyedari orang Islam ini memiliki kitab suci yang perlu dibaca, difahami dan diamalkan sebagai panduan hidup. Perlu diingat, Allah SWT mengurniakan nikmat ke atas hamba-Nya dengan mengutuskan Nabi-Nya (Muhammad SAW) dan menurunkan kitab-Nya. Al-Quran tiada sebarang kebatilan sama ada dari hadapan atau belakang sehingga terbentang luas bagi para ahli fikir jalan mengambil iktibar atau contoh teladan daripadanya kerana al-Quran mengandungi banyak cerita dan berita.
Dengan adanya al-Quran, nyata teranglah bagi umat manusia jalan kukuh yang harus ditujui dan titian lurus harus dilalui kerana dalamnya terdapat pelbagai hukum yang membezakan antara halal dengan haram.
Al-Quran laksana cahaya yang menerangkan, dengannya manusia akan terselamat daripada kemegahan diri, sebagai penawar mengubati segala jenis penyakit bersarang dalam hati. Sesiapa yang berpegang teguh dengan al-Quran, nescaya ia akan terbimbing untuk mendapat petunjuk.
Sesiapa mengamalkan kandungannya, nescaya ia akan berjaya dan bahagia. Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya Kami (Allah) menurunkan peringatan (al-Quran) dan Kami pasti memeliharanya.” (Surah al-Hijr, ayat 9)
Antara sebab menentukan terpeliharanya al-Quran dalam hati sanubari dan mashaf adalah mengamalkan pembacaannya selalu dan mendalami maksudnya terus-menerus dengan memerhatikan adab serta syaratnya. Kemudian menurut arahan terkandung di dalamnya.
Nikmat besar yang perlu disyu-kuri iaitu diberi kelapangan untuk membaca dan mentadabbur al-Quran.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca al-Quran, kemudian mendapati ada orang lain yang dikurniakan keutamaan selain dari apa yang Allah telah kurniakannya, maka sebenarnya ia telah memperkecilkan sesuatu yang dibesarkan oleh Allah SWT.”
Ibnu Mas’ud berkata: “Sekiranya anda inginkan ilmu pengetahuan, maka pelajarilah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu mengandungi ilmu para ahli terdahulu dan yang terkemudian.”
Amru Ibnul ‘As pula berkata: “Sesiapa membaca al-Quran, maka sebenarnya telah ada bersamanya darjat kenabian, hanya dia tiada diturunkan wahyu saja.”
Rasulullah SAW mencela orang membaca al-Quran, padahal mereka lalai un-tuk melaksanakan pengajarannya. Rasulullah SAW bersabda: “Tiada dikira beriman dengan al-Quran orang yang menghalalkan segala larangannya.”
Sebahagian ulama berkata: “Sesungguhnya seorang hamba itu akan membaca al-Quran, dan ia akan melaknat dirinya, sedang ia tidak sedar akan kelakuannya. Iaitu apabila ia membaca: ‘Awas! Laknat Allah ditimpakan ke atas orang yang zalim’ padahal orang itu berlaku zalim terhadap manusia.
Ataupun dia membaca: “Awas! Laknat Allah ditimpakan ke atas orang yang berdusta’, padahal dia selalu berdusta.
Soalan:
Ustaz, saya bapa kepada enam anak. Saya ingin bertanya, apakah peranan atau tanggungjawab ibu bapa yang boleh dibuat ketika Ramadan terhadap keluarga terutama anak.
WAN ASYRAF, Pasir Putih Kelantan.
Jawapan:
Salah satu rahmat Allah SWT kepada umat Islam ialah Dia memberi nikmat berpuasa dan membantu mereka mendirikan solat pada malamnya. Dia menggandakan pahala amalan baik dan meninggikan darjat mereka yang beramal soleh serta membebaskan penghuni neraka daripada azab-Nya.
Umat Islam hendaklah berusaha beramal sebanyak mungkin dan mengambil peluang daripada keberkatan dibawa bulan ini. Mereka hendaklah mengisi masa dengan melakukan amal ibadat kepada Allah. Berapa ramai berpeluang menghayati bulan ini kerana sakit, meninggal dunia atau kafir.
Dalam kesibukan beribadat, ibu bapa hendaklah menjalankan tanggungjawab terhadap anak seperti biasa kerana itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Mereka mestilah dibesarkan dengan baik dan betul serta diberi pendidikan.
Berilah galakkan kepada mereka untuk membuat kebaikan dan membiasakan dengan amalan soleh kerana anak akan membesar mengikut apa yang dibiasakan oleh ibu bapa.
Antara perkara yang perlu dilakukan kepada ibu bapa semasa bulan Ramadan ialah menggalakkan mereka yang kurang gemar berpuasa supaya cenderung melaksanakan kewajipan itu.
Kedua, mengingatkan mereka hakikat berpuasa bukan semata-mata menahan daripada makan dan minum juga sebagai cara mendapatkan ketakwaan dan menebus segala dosa.
Diriwayatkan at-Tirmizi, daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Amin, Amin, Amin. Maka sahabat bertanya baginda: Wahai Rasulullah, kenapa engkau berkata begitu? Baginda menjawab: Jibril berkata kepadaku: Semoga Allah menghina orang yang apabila Ramadan tiba, dosanya tidak terampun dan aku berkata: Amin. Kemudian Jibril berkata lagi: Semoga Allah menghina orang yang hidup dan melihat ibu bapanya sudah tua, salah seorang atau kedua-duanya, tetapi dia tidak dapat masuk syurga, dan aku berkata: Amin. Kemudian dia berkata: Semoga Allah menghina orang yang apabila disebut namamu padanya dia tidak mengirimkan salam ke atas engkau. Dan aku berkata: Amin.”
Ketiga, mengajar etika dan peraturan ketika makan seperti makan dengan tangan kanan, mengambil makanan yang paling hampir serta mengingatkan mereka pembaziran itu haram. Keempat, tidak membiarkan mereka makan banyak selepas berbuka sehingga terlepas solat maghrib berjemaah.
Kelima, mengadakan pertemuan bagi menghimpunkan saudara mara dan mengeratkan persaudaraan. Amalan ini masih diraikan kerana Ramadan menjadi kesempatan memperbaiki hubungan terputus antara sanak saudara.
Keenam, mengingatkan mereka kedudukan orang miskin yang tidak memiliki sesuap nasi untuk dimakan bagi menghilangkan seksa lapar dan menceritakan orang yang berhijrah atau berjihad pada jalan Allah di merata tempat.
Sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Al-Quransebagaisumberilmu_panduanhidup/Article
--------------------------------------------------------------------------
TAHNIK DAN KEBAIKAN DALAM PERUBATAN MODEN
Ia boleh dilakukan oleh ibubapa kanak-kanak itu atau dib
awa ke rumah orang-orang yang dianggap soleh untuk ditahnikkan. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, anak-anak yang lahir telah dibawa kepada rasulullah SAW untuk ditahnik oleh baginda.
Tahnik afdal dilakukan dengan buah tamar. Jika tiada tamar, boleh gunakan rutob (tamarmuda). Jika tiada juga, boleh gunakan sesuatu makanan yang manis tetapi madu yang manis lebih baik daripada makanan lain. Dan jangan menggunakan makanan yang telah dimasak. Seeloknya, dibukakan sedikit mulut bayi supaya ia boleh menelan buah tamar tersebut. Tujuan tahnik mengikut ulama adalah melatih bayi untuk makan dan menguatkannya. (IbnHajar, Fath al-Bari 15/390).
Kajian sains juga menunjukkan bahawa seria rasa pada lidah (taste bud) pada bayi terhadap rasa masam dan manis telah terbentuk sejak dilahirkan. Tujuan ALLAH menjadikan bayi mempunyai deria rasa pada usia yang awal ialah bagi menggalakkan mereka menikmati susu ibu mereka yang manis. Pemberian manisan di peringkat awal akan merangsangkan lagi deria rasa ini.
---------------------------------------------------------------------------------
Takwim Hijrah
Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatabradhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.
Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.
Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar
Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.
Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.
Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsadibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.
Penggunaan
Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap. Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan (hilāl) kelihatan ketika matahari terbenam. Jika hilāl tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30. Pencerapan atau rukyah tersebut haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya dihadapan pemimpin.
Dengan pencerapan begini mendorong Muslim berkecimpung dalam bidang astronomi, yang meletakkan Islam terkehadapan dalam sains tersebut buat beberapa kurun. Amalan tradisi ini masih diikuti di negara-negara lain seperti Pakistan and Jordan. Walau bagaimanapun, kebanyakan peraturan astronomi negara Muslim membenarkan penggunaan calendar dan tidak tertakluk sentiasa kepada cara ini. Malaysia, Indonesia, dan beberapa negara yang lain memulakan bulan ketika matahari terbenam pada hari pertama ketika bulan terbenam selepas matahari terbenam. DiMesir, bulan bermula ketika matahari terbenam pada hari pertama yang bulan terbenam sekurang-kurangnya lima minit selepas matahari terbenam.
Umm al-Qura yang rasmi, kalendar Arab Saudi menggunakan kaedah astronomi yang berlainan hinggalah beberapa tahun kebelakangan ini [1]. Sebelum 1420H (sebelum 18 April 1999), jika usia bulan yang terbenam di Riyadh sekurang-kurangnya 12 jam, maka hari yang tamat ketika matahari terbenam itu merupakan hari pertama setiap bulan. Ini menyebabkan negara tersebut meraikan hari-hari raya sehari atau dua hari awal berbanding negara lain termasuklah Haji yang hanya menggunakan tarikh Arab Saudi kerana berlangsung di Makkah. Pada tahun 1380-an H (1970-an), negara Muslim berlainan menamatkan puasa Ramadan pada empat hari yang berbeza. Perayaan aidil fitri lebih seragam pada 1420H. Bagi 1420-22H, jika bulan terbenam selepas matahari terbenamdi Makkah, maka hari yang bermula ketika matahari terbenam tersebut adalah hari pertama bulan Saudi, peraturan yang sama juga bagi Malaysia, Indonesia, dan yang lain (kecuali tempat rukyah dijalankan).
Sejak 1423 H (16 Mac 2002), peraturan telah dijelaskan sedikit yang memerlukan gabungan geosentrik matahari dan bulan untuk berlaku sebelum matahari terbenam, sebagai tambahan untuk memerlukan bulan terbenam sberlaku selepas matahari terbenam di Makkah. Ini memastikan yang bulan telah berlalu melepasi matahari ketika senja, walaupun langit masih terlalu terang sebaik sebelum betul-betul kelihatan anak bulan. Secara tegasnya, kalendar Umm al-Qura digunakan untuk kegunaan awam sahaja. Pembuatnya menyedari yang untuk dapat benar-benar mencerap hilāl buat kali pertamanya boleh berlaku dua hari selepas apa yang dikira dalam kalendar Umm al-Qura.
Sejak 1419 H (1998/99) beberapa pegawai jawatan kuasa pencerap hilāl telah ditetapkan oleh kerajaan arab Saudi untuk menentukan rukyah anak bulan bagi permulaan bulan. Tidak kurang juga, pegawai agama Arab Saudi turut menerima saksi pencerapan oleh sesiapa yang kurang berpengalaman lalu mengumumkan yang hilāl dapat dilihat walaupun pihak pegawai tidak dapat melihatnya. Kebanyakan kesnya, pencerapan tersebut amat sukar dan terdapat yang salah lihat.
Bulan terbenam terkemudian daripada matahari bagi negara yang di barat, maka negara Muslim di sana sering menyambut hari perayaan sehari awal berbanding negara Muslim di timur.
Terdapat pelbagai kalendar Islam yang digelar kalendar Islam tabular yang bulannya dikira melalui kaedah hisab berbanding rukyah atau pengiraan falak. Ia mempunyai kitaran setiap 30 tahun dengan 11 tahun lompat dengan 355 hari dan 19 tahun dengan 354 hari. Bagi jangka masa panjang, ia tepat kepada satu hari dalam 2500 tahun. Ia juga menyisihkan 1 atau 2 hari bagi jangka pendek.
Microsoft telah menggunakan "algoritma Kuwaiti" untuk menukar kalendar Gregorian kepada kalendar Islam secara sulit. Untuk merealisasikan hasratnya itu, Microsoft telah mendakwa menggunakan analisis statistik data bersejarah dari Kuwait tetapi sebenarnya Microsoft telah menggunakan taburan kalendar Islam tabular.
Pengharaman mengubah bilangan bulan
Pada tahun kesembilan Hijrah, Allah berfirman akan pengharaman mengubah pengharaman bulan seperti tertera dalam al-Quran dalam Surah At-Taubah:36-37
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.
Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan itu dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambah kekufuran yang menjadikan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan (bulan-bulan yang empat) yang telah diharamkan Allah (berperang di dalamnya); dengan itu mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. Perbuatan buruk mereka itu dihias dan dijadikan indah (oleh Syaitan) untuk dipandang baik oleh mereka. Dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
Pengharaman ini turut diulang baginda Nabi Muhammad s.a.w. dalam khutbah terakhir baginda di Arafah iaitu ketika berlangsungnya Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah 10H di Makkah(perenggan ini sering dibuang daripada khutbah oleh penyunting moden kerana dianggap tidak penting):
Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (kehormatan dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambahkan kekufuran yang menyebabkan orang-orang kafir itu tersesat kerananya. Mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada satu tahun yang lain, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangannya. Mereka merendahkan-rendahkan apa yang diharamkan oleh Allah. Oleh sebab itulah mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya masa telah beredar seperti keadaan hari, kejadian langit dan bumi, setahun adalah dua belas bulan.
Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah s.w.t. adalah sebanyak dua belas bulan. Dari bulan-bulan tersebut ada empat bulan haram, tiga daripadanya berturut-turut iaitu: Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, seterusnya bulan Rejab yang berada di antara bulan Jamadilakhir dan Syaaban.
Terdapat tiga bulan suci (atau bulan haram) berturut-turut yang dinyatakan oleh baginda iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram lantas mengelakkan pertambahan sebarang bulan sebelum Muharram. Bulan suci yang tunggal lain ialah Rejab. Bulan-bulan ini dianggap suci dalam kalendar Islam baru dan juga kalendar ketika zaman jahiliyah Makkah yang dari itu ia diterbitkan dengan membuang bulan-bulan yang tidak perlu atau ditambah-tambah pada penghujung 10 H. Turutan bulan yang ditambah-tambah, sebelum dibuang, tidaklah diketahui.
Nama bulan Islam
Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.
- Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
- Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
- Safar (صفر)
- Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.
- Rabiulawal (ربيع الأول)
- Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
- Rabiulakhir (ربيع الآخر/ ربيع الثاني)
- Bulan kedua musim bunga.
- Jamadilawal (جمادي الأول)
- Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.
- Jamadilakhir (جمادي الآخر / جمادي الثاني)
- Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.
- Rejab (رجب)
- Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksudkeseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.
- Syaaban (شعبان)
- Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
- Ramadan (رمضان)
- Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.
- Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.
- Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.
- Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.
HIJRAH
Hijrah ke Habsyah
Dua belas lelaki dan perempuan dua belas sahabat, kaum muslim yang awalnya bertemu di Mekkah, mencari perlindungan dari penganiayaan Quraisy dalam Kerajaan Habsyah pada bulan Rejab 7 SH (614 - 615M). Tindakan ini dikenal sebagai Hijrah Pertama ke Habsyah; Habsyah dalam perkara ini kerana kata Arab, al-Habasha, dari mana "Abyssinia" berasal. Mereka kembali semula ke Jazirah Arab setelah tiga bulan berhijrah kerana maklumat yang diperolehi bahawa penganiayaan ke atas umat Islam telah berhenti.Jaafar bin Abi Talib r.a. Beliau merupakan sepupu Nabi s.a.w dan juga saudara susuannya.Susuk tubuh beliau dan akhlak peribadinya persis Rasulullah s.a.w sebagaimana yang diakui oleh Baginda sendiri. Beliau juga seorang yang amat pemurah sebagai akuan daripada Abu Hurairah r.a.Memimpin golongan Islam yang pertama yang berhijrah ke Habsyah (Sudan) akibat penindasan yang melampau yang dilakukan oleh algojo Mekah. Beliau menjadi juru cakap Islam di sana. Apa yang menarik ialah beliau telah berjaya berdakwah kepada Raja Najashi yang menyaksikan dia memeluk Islam.
Hijrah ke Madinah
biasanya merujuk kepada sebuah perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah keMadinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.
HariTarikhNotaHari 1Khamis 26 Safar SH 1(9 September 622) Meninggalkan rumah di Makkah. Tinggal tiga hari di Gua Thur berdekatan kota suci Makkah. Hari 5Isnin 1 Rabiulawal SH 1(13 September 622) Meninggalkan wilayah Makkah. Perjalanan ke daerah Yathrib. Hari 12Isnin 8 Rabiulawal SH 1(20 September 622) Tiba di Masjid Quba dekat Madinah. Hari 16Jumaat 12 Rabiulawal SH 1(24 September 622) Kunjungan pertama ke Madinah untuk solat Jumaat. Hari 26Isnin 22 Rabiulawal SH 1(4 Oktober 622) Pindah dari Masjid Quba ke Madinah.
Takwim Hijrah
Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi.
Sambutan Maal Hijrah di Malaysia
Setiap kali tahun Hijrah tiba, satu perhimpunan akan diadakan di Malaysia bagi menyambut tahun Hijrah yang baru. Upacara ini akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan disaksikan oleh ribuan rakyat Malaysia. Setiap tahun juga, akan diberi Anugerah Maal Hijrah kepada yang layak
Di Malaysia, tahun hijrah disambut dengan penamaan tokoh-tokoh maal hijrah.
-----------------------------------------------------------
Hukum membeli KFC dan Mc Donald
Assalamualaikum.. saya mahu bertanya tentang hukumnya sekiranya kita membeli barang-barang seperti mcdonald,kfc,nokia dan sbg kerana ada maklumat dlm internet yg mengatakan bahawa produk2 atau syarikat ini menyokong YAHUDI… Saya juga ingin tahu status halal makanan segera spt mcdonald dan kfc.. terima kasih.
jawaban:
Posted on March 17, 2012 by admin—No Comments ↓
Wa’alaikumussalam..Pembelian barangan dalam bentuk kegunaan dan juga makanan adalah menjadikeperluan bagi hidup seseorang. Pembelian barangan tersebut adalahbergantung kepada keperluan dan niat seseorang. Jika dia berniat denganpembelian barangan tersebut dengan maksud menyokong Yahudi bermakna diabersubahat dengan Yahudi, sebaliknya jika pembelian barangan tersebutbukan bertujuan untuk menyokong Yahudi tetapi untuk keperluan maka iaadalah harus.
sumber:
http://alhafiz.net/soaljawabagama/assalamualaikum-saya-mahu-bertanya-tentang-hukumnya-sekiranya-kita-membeli-barang-barang-seperti-mcdonaldkfcnokia-dan-sbg-kerana-ada-maklumat-dlm-internet-yg-mengatakan-bahawa-produk2-atau-syarika/
----------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment