Tenaga Pengajar Sukarela


 [LOGO BARU 2016 ]

-------------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------
[ LOGO LAMA ]


[ Foto atas dimuat naik pada 20.4.2016]

LOKASI TERATAK IQRA

[klik foto untuk imej besar]



[Teratak Iqra, Taman Kenari dimulakan pada 1hb September 2007]

Sebelum ini kelas mengaji yang pertama ditubuhkan pada 21hb Ogos 2001.
Lokasinya Kampung Berhala Darat (nama kampung telah ditukar kepada kampung Melayu Bumiputera), jambatan 17, Jalan Buli Sim-Sim, Sandakan, Sabah.
[Foto bawah: Kelas Iqra Kg. Berhala Darat Sim-Sim]



(Foto diatas diambil pada tahun 2012)

(Foto diatas diambil pada tahun 2006)

[ WHITE BOARD ]

[ WHITE BOARD ]


Pernah juga mengajar di kampung Tabah Baru, Jalan karamunting, Sandakan.
Pernah juga mengajar di kampung Karamunting Baru.
Dan seterusnya mengajar di Teratak Iqra, Taman Kenari, Batu 7, Jalan Airport, Sandakan, Sabah.

Pelajar yang turut membantu mengajar di Teratak Iqra:
Diantara mereka ialah Foto dibawah:
Nuraini Aras (Pembantu Pengajar Kelas Dewasa), Syazalin (Bekas Pembantu Pengajar), Mohd Hafiz (Pembantu Pengajar Kelas Iqra), Ain Syazana (Bekas Pembantu Pengajar).

  



-------------------------------------------------------------------------------


BIODATA PENGASAS DAN PENGAJAR


Joehan Chow @ Joehan Bin Ah Yuk.Bapa bangsa Cina,ibu bangsa Dusun.Kedua-dua mereka berasal dari Membakut, Beaufort, Kota Kinabalu) Kami sekeluarga memeluk agama islam tahun 1979.

Nama islam saya Johan Sirdi Ayub. Kelulusan setakat SPM.Menduduki kursus selama setahun Sijil Eksekutif Pengajian Syariah pada tahun 2002 dijalankan oleh Akademi Pengajian Islam, Pusat Pendidikan Berterusan, Universiti Malaya.

Belajar agama islam dengan Almarhum Haji Bakar (Imam Kariah Masjid Al Falah,Kg Karamunting Lama).Belajar menjadi Bilal Jumaat.Setelah belajar cara-cara membaca khutbah yang diajar oleh Almarhum Haji Bakar dan juga Haji Rashid (sudah berusia 92 thn) iaitu Pengerusi Masjid Al Falah maka saya diberi kepercayaan untuk membaca Khutbah Jumaat di Masjid tersebut. 

Pada tahun 2006 atas kepercayaan dan keyakinan Pegawai Daerah Puan Nora Awang serta JKKK Kg Berhala Darat dan juga Encik Awg Satariah (Pmk PTA Jheins ketika itu) saya telah dilantik menjadi Pengerusi Surau Al Furqan (2005-2006),Kampung Berhala Darat,Jalan Sim-Sim. 

[ Atas - Foto Surau Al-Furqan, Kg. Bumiputra Melayu, Jalan Buli Sim-Sim ]

Surau ini suatu ketika dahulu adalah bertaraf masjid sejak Kampung Berhala Darat dibuka sekitar tahun 1950an.

Dan telah diturunkan taraf dari masjid kepada surau apabila Masjid Daerah didirikan berdekatan dengan Kg Berhala Darat.

Nama kampung ini juga telah ditukar dari Kampung Berhala Darat kepada Kampung Melayu Bumiputera.Saya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Surau Al Furqan apabila berpindah ke Taman Kenari pada tahun 2006.

Mengajar membaca Al Quran di Kelas Iqra Kg Berhala Darat dari tahun 2001-2006.Kemudian mengajar di Teratak Iqra, Taman Kenari sejak 2007.
Pernah juga mengajar di Surau At Taubah,Kampung Tabah Baru. Jalan Norsechem, Karamunting.

Pada tahun 2005 pernah ditawarkan oleh Penyelia KAFA (Haji Paijo) untuk menjadi Guru KAFA. Namun ketika itu saya menolak. Mengajar membaca kitab suci AL Quran semata-mata mengharapkan redho Allah.


::