13.11.2015 Seluruh badan panas dan tulang2 semua sakit. Bertahan
dengan memakan panadol. Keesokannya keadaan masih juga begitu. Namun
lebih kurang jam 9.30 pagi @ 14.11.2015 (sabtu) panas badan semakin
panas seperti dibakar dan keadaan tulang kaki kiri juga semakin kuat
hingga ke pangkal paha. Masih cuba bertahan dengan berbaring. Namun
demikian tidak lagi tertahan keadaan panas badan dengan bertemankan
isteri pergi Ke Klinik Dr Mansor tapi tutup. Kemudian ke Klinik Dr
Marhen. Giliran jam 2.50 ptg. Doktor
terkejut dengan keadaan kaki kiri saya dan juga suhu badan saya yang
hampir mencecah 40 darjah Celcius.
Doktor kata dalam keadaan panas begini kamu masih mampu memandu kereta
ke mari....Terpaksalah doktor....Doktor kata...mengenai kaki kamu, saya
tidak dapat mengenal pasti puncanya. Saya pun menceritakan permasalahan
lutut yg saya alami sejak 2011. Sehinggalah saya terpaksa berhenti kerja
kerana rayuan saya untuk diberi kerja ringan (kerja masa pejabat) di
tolak atas sebab kurang pegawai.
Saya kata kepada Dr Marhen saya akan cuba dapat rawatan di Hospital swasta di Kota Kinabalu awal tahun hadapan. Dr Marhen nasihatkan kurangkan pergerakan agresif dan mengenai panas badan yg keterlaluan itu dia cadangkan saya pergi ke hospital untuk pemeriksaan lebih lanjut. Dia akan beri surat untuk pergi ke hospital. Dr Marhen suspek saya kena demam denggi. Kerana area tempat saya tinggal sememangnya kawasan yg paling kritikal kes denggi. Saya kata saya tidak mahu pergi hospital. saya minta ubat sahaja doktor.
Doktor kata kepada saya sekiranya panas badan saya masih berterusan dia nasihatkan saya pergi ke hospital. Saya kata, baiklah doktor....Caj pemeriksaan serta ubat adalah RM 70.00.
Alhamdulillah selama2 hari demam panas telah pulih namun kaki bengkak dan sakit masih juga berlaku (foto terkini [19.11.2015] @ keadaan kaki).....mungkin semua ini adalah ujian dari Allah SWT. Dan mungkin ada hikmah disebalik semua ini....Saya redho ya Allah.

No comments:
Post a Comment