Tuesday, 24 November 2015

23.11.2015 Alhamdulillah, kelas dijalankan semula selepas bercuti selama seminggu. Kelas kanak2 bermula dari jam 5.30 petang. Manakala kelas dewasa bermula dari jam 7.45 dan berakhir jam 9.20 mlm. (Foto diambil pada bulan Mei 2015)


Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya.

Saya kongsi peristiwa ini untuk dijadikan renungan bersama..

Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya.

Namun anehnya, Imam Syafie langsung menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu pergi melaksanakan perintah Imam Syafie sekalipun dia tidak faham apa maksud dari suruhan itu.

Setelah berlalu beberapa lama lelaki itu datang kembali menemui Imam Syafie mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada kemajuan. Lalu Imam Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan minta untuk mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham. Lelaki itupun pergi melaksanakan anjuran Imam Syafie dengan perasaan sangat hairan.

Setelah berlalu sekian hari lelaki itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya. Dia menceritakan bahawa wang 3 dirham itu dapat mencukupkan semua keperluan hidupnya, bahkan hidupnya menjadi lapang. Dia menanyakan apa rahsia di sebalik semua itu?

Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia jalani itu tidak berhak mendapatkan upah lebih dari 3 dirham. Dan kelebihan 2 dirham itu telah mencabut keberkatan harta yang dia miliki ketika bercampur dengannya.

Lalu Imam Syafie membacakan sebuah sya'ir:
جمع الحرام على الحلال ليكثره
دخل الحرام على الحلال فبعثره
Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak.
Yang haram pun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya.

_____

Barangkali kisah ini dapat menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi kita dalam kehidupan harian. Jangan terlalu berharap gaji besar bila pekerjaan kita hanya sederhana. Dan jangan berbangga mendapat gaji besar, padahal kerjabuat kita sangat lemah atau tidak seimbang dengan gaji yang diterima.

Bila gaji yang kita terima tidak seimbang dengan kerja, ertinya kita sudah menerima harta yang bukan hak kita. Itu semua akan menjadi penghalang keberkatan harta yang ada, dan mengakibatkan hisab yang berat di akhirat kelak.

Harta yang tidak berkat akan mendatangkan permasalahan hidup yang membuat kita susah, sekalipun bertaburkan benda-benda mewah dan serba lengkap. Wang banyak di bank tapi setiap hari bergaduh dengan isteri. Anak-anak tidak mendatangkan kebahagiaan. Dengan teman dan jiran sekeliling tidak sehaluan.

Kendaraan selalu bermasalah. Ketaatan kepada Allah semakin hari semakin melemah. Fikiran hanya dunia dan dunia. Harta dan harta. Penglihatan selalu kepada orang yang lebih dalam masalah dunia. Tidak pernah puas, sekalipun mulutnya melantunkan alhamdulillah tiap minit.

Kening selalu berkerut. Satu persatu penyakit datang menghampiri. Akhirnya gaji yang besar habis untuk cek up ke hospital dan periksa ke klinik. Tidak ada yang dapat dibahagikan untuk sedekah, infak dan amal-amal demi tabung masa depan di akhirat.

Menjalin silaturrahim dengan sanak keluarga pun tidak. Semakin kelihatan mewah tapi sifat kedekutnya juga semakin menguasai.

Semoga Allah mengurniakan kepada kita kemampuan untuk serius dalam bekerja, hingga rezeki kita menjadi berkat dunia dan akhirat !

Kredit FB : Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Monday, 23 November 2015

Kelas Mengaji bercuti selama seminggu (16.11.2015 - 22.11.2015). Ini adalah kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan...


13.11.2015 Seluruh badan panas dan tulang2 semua sakit. Bertahan dengan memakan panadol. Keesokannya keadaan masih juga begitu. Namun lebih kurang jam 9.30 pagi @ 14.11.2015 (sabtu) panas badan semakin panas seperti dibakar dan keadaan tulang kaki kiri juga semakin kuat hingga ke pangkal paha. Masih cuba bertahan dengan berbaring. Namun demikian tidak lagi tertahan keadaan panas badan dengan bertemankan isteri pergi Ke Klinik Dr Mansor tapi tutup. Kemudian ke Klinik Dr Marhen. Giliran jam 2.50 ptg. Doktor terkejut dengan keadaan kaki kiri saya dan juga suhu badan saya yang hampir mencecah 40 darjah Celcius.

Doktor kata dalam keadaan panas begini kamu masih mampu memandu kereta ke mari....Terpaksalah doktor....Doktor kata...mengenai kaki kamu, saya tidak dapat mengenal pasti puncanya. Saya pun menceritakan permasalahan lutut yg saya alami sejak 2011. Sehinggalah saya terpaksa berhenti kerja kerana rayuan saya untuk diberi kerja ringan (kerja masa pejabat) di tolak atas sebab kurang pegawai.
Saya kata kepada Dr Marhen saya akan cuba dapat rawatan di Hospital swasta di Kota Kinabalu awal tahun hadapan. Dr Marhen nasihatkan kurangkan pergerakan agresif dan mengenai panas badan yg keterlaluan itu dia cadangkan saya pergi ke hospital untuk pemeriksaan lebih lanjut. Dia akan beri surat untuk pergi ke hospital. Dr Marhen suspek saya kena demam denggi. Kerana area tempat saya tinggal sememangnya kawasan yg paling kritikal kes denggi. Saya kata saya tidak mahu pergi hospital. saya minta ubat sahaja doktor.

Doktor kata kepada saya sekiranya panas badan saya masih berterusan dia nasihatkan saya pergi ke hospital. Saya kata, baiklah doktor....Caj pemeriksaan serta ubat adalah RM 70.00.
Alhamdulillah selama2 hari demam panas telah pulih namun kaki bengkak dan sakit masih juga berlaku (foto terkini [19.11.2015] @ keadaan kaki).....mungkin semua ini adalah ujian dari Allah SWT. Dan mungkin ada hikmah disebalik semua ini....Saya redho ya Allah.