Sunday 15 July 2012

14/07/12: Kelas Anak dan kelas dewasa berjalan seperti biasa


14/07/12: Balik dari rumah sdr Tonny @ membaca tahlil arwah terus sambung kelas mengaji dari jam 5.40 ptg. Hari ini murid2 datang untuk kelas mengaji.

Masuk waktu solat maghrib murid2 azan dan iqamat. Selepas solat berjemaah murid2 ulangkaji doa niat puasa dan bacaan berbuka puasa. Murid2 disoal secara rawak. Alhamdulillah murid2 sudah pandai…

Kemudian murid2 ulangkaji bertakbir…wah, salah seorang murid kata macam hari raya sudah…mantap murid2 bertakbir…

Selesai semua murid2 pulang kecuali 2 orang murid diberi nasihat dan didenda kerana terikut-ikut dgn aktivit yg tidak baik.

7.10 mlm kelas dewasa pula bermula. Alhamdulillah mengaji selesai jam 8.05 mlm. Tetapi banyak soalan mengenai ibadah puasa, haid dsb. Agak menarik ruang musykil ini. Sehingga masa tidak terasa berjalan…kelas dewasa selesai jam 9 mlm.




No comments:

Post a Comment