Tuesday, 3 July 2012

03/07/12: Sakit itu ujian dari Allah.

03/07/12:Hari ini bangun solat subuh makan ubat tidur,bangun solat zuhur makan ubat tidur, bangun solat asar...sebentar lagu makan ubat tidur. Semalam 02/07/12, walaupun suara serak2 dan tekak masih sakit alhamdulillah dapat juga diteruskan mengajar murid2 mengaji.lepas solat isyak dipanggil untuk membaca kenduri arwah @ bertahlil di rumah abd razak (salah seorang murid di Teratak Iqra).Balik ke rumah jam 9 mlm.alhamdulillah selesai tugasan bermasyarakat.


Bukan sengaja mahu menceritakan kisah ini. Cuma untuk tauladan pembaca. Moga ada yang tersentuh dan kembali muhasabah cinta pada dakwah ini ! Bila kita kata kita berada dalam jalan dakwah ini, niatkanlah untuk menyedeqahkan segalanya untuk jalan ini. Hidup, harta, meskipun nyawa ! 

Dan kemanisan tarbiyyah itu tidak akan terasa selagi kita tidak menghayati tarbiyyah yang diberi. Hanya mampu bercerita tidak mampu untuk menggerakkan pembaca, mungkin hanya meningkatkan semangat, tetapi selagi pembaca sekalian yang tidak mahu menghayatinya, sampai bila penghayatan itu tidak akan datang, apatah lagi untuk mengaplikasikannya ! 

Singkaplah kenangan selagi ada, kenanglah ia selagi ada, kelak pabila ianya hilang, ibarat jiwa sudah tidak punya apa. 

Namun, janganlah terlalu melewati kenangan yang dikenang kerana takut dilekakan dan menjadi seorang yang terlalu-lalu berpegang kepada kenangan. Hidup ini perlu diteruskan langkah ke hadapan bukan ? Simpanlah kenangan selagi jiwa masih luas, pemikiran masih lagi lapang untuk menyimpannya. Pelajarilah sesuatu dari kenangan yang dikenang, kerana kenangan itu tidak datang begitu sahaja. 

Lihatlah sang awan, yang juga menyimpan beribu kenangan menyaksikan manusia, namun mereka terus berarak… 

Hikmah Sakit Dalam sebuah buku yang berjudul Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat dan dikutip dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi, beliau menulis lima hikmah sakit yang dialami manusia. 

Pertama, sakit adalah ruang untuk manusia berehat. Ketika sakit, memang kita tidak dapat berbuat apa-apa. Terlantar sahaja. Namun hikmahnya, organ-organ yang membantu kita berkerja selama ini cuba untuk mendapatkan rehat yang cukup. Umpama enjin yang terlalu lama hidup akan jadi panas. Ia perlu diberhentikan sekejap untuk sejuk dan kemudian dihidupkan kembali. Biarkan badan dan emosi kita haknya, iaitu rehat yang cukup. 

Kedua, sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang mengalami sakit parah, dia akan menyedari betapa mahalnya nilai kesihatan. Biar apapun, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia bisa kembali pulih seperti biasa, menjalani kehidupan normalnya. 

Ketiga, sakit merupakan teguran dari Allah s.w.t. Barangkali kita alpa dengan sesuatu dan asyik dengan sesuatu sehinggakan terabai dalam menjaga hubungan kita dengan Dia. Ketika sihat, seolah-olah tidak beringat dengan kesakitan. Ketika kaya, seolah-olah lupa pada yang kurang upaya. Ketika terlalu seronok, tidak endah pada kesengsaraan orang lain. Ketika berkuasa, seolah-olah dialah yang paling gagah perkasa. Manusia mudah lupa! Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara. Kita diuji dengan apa yang kita cakapkan dan kita diuji dengan apa yang kita lakukan. 

Keempat, sakit memberikan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Ruang ini selalu menjadikan manusia berfikir kembali dan bermuhasabah dengan tindak-tanduknya sendiri. Jarang sekali kita dapat bermuhasabah tatkala hati dilonjak gembira. Jadi, inilah masa yang ideal agar dapat kita toleh kembali kesilapan dan seterusnya bertaubatlah pada yang Khaliq. Mohonlah sesungguhnya agar segala dosa kita diampun Tuhan. Dan merayulah pada-Nya agar kita dimudahkan segala urusan yang membelitkan, diberi kesenangan dan kesihatan tubuh badan. Dalam hadis ada diterangkan, “Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kekusutan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih). 

Kelima, sakit juga memberikan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang itu sakit, maka akan ada kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab. Ketika si anak kurang sihat, ibu dan ayahnya yang menjaga dan memelihara kesihatan anaknya. 

Pun begitu, sekiranya ayah atau ibu kurang sihat, si anak akan kembali kepada orang tuanya dan memberikan keprihatinan yang optimum untuk membalas kembali jasa mereka. 

Alangkah Besarnya dan Mulianya Allah s.w.t. yang menjadikan begitu banyak hikmah sakit daripada hanya satu sakit. Akan tetapi jarang sekali kita fikir-fikir dan renungkan. 

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu… 

Ceritawara saya bukannya bercerita yang sedih-sedih belaka. Anggaplah anda harus belajar sesuatu di sini. 

Kerana saya juga suka belajar daripada pengalaman dan kisah-kisah teladan yang ada. Hidup seperti program, selesai program, kita buatlah post-mortem. 

InsyaAllah, faedahnya besar kerana Allah takkan turunkan sesuatu yang sia-sia… Saya juga perlu ubah prinsip berkerja. PUSH TO THE LIMITS tidak boleh digunapakai lagi. Saya perlu belajar rehat dan relax. Terasa lega apabila mengeluar apa yang tersulam di minda ini. Sesungguhnya kekusutan terkadang terlerai begitu sahaja dengan bercerita...

Kalaupun seperti bercerita pada orang yang tidak faham, pun tak mengapa… ikhlas bercerita… 

mak sakit gigi...mak nak susu...mak abang pukul.... itulah suara anak2 bila mengadu. 

Apabila meningkat dewasa manusia yang mengenali Tuhannya masih terus mengetahui di mana tempat mengadu...Selalu mengharap dan mengadu kepada Allah menyebabkan jiwanya tenteram...hidup terasa 
selamat.. jiwanya besar.. Jiwa Hamba


No comments:

Post a Comment