Sunday, 15 July 2012

14/07/12: Kelas Anak dan kelas dewasa berjalan seperti biasa


14/07/12: Balik dari rumah sdr Tonny @ membaca tahlil arwah terus sambung kelas mengaji dari jam 5.40 ptg. Hari ini murid2 datang untuk kelas mengaji.

Masuk waktu solat maghrib murid2 azan dan iqamat. Selepas solat berjemaah murid2 ulangkaji doa niat puasa dan bacaan berbuka puasa. Murid2 disoal secara rawak. Alhamdulillah murid2 sudah pandai…

Kemudian murid2 ulangkaji bertakbir…wah, salah seorang murid kata macam hari raya sudah…mantap murid2 bertakbir…

Selesai semua murid2 pulang kecuali 2 orang murid diberi nasihat dan didenda kerana terikut-ikut dgn aktivit yg tidak baik.

7.10 mlm kelas dewasa pula bermula. Alhamdulillah mengaji selesai jam 8.05 mlm. Tetapi banyak soalan mengenai ibadah puasa, haid dsb. Agak menarik ruang musykil ini. Sehingga masa tidak terasa berjalan…kelas dewasa selesai jam 9 mlm.




Friday, 13 July 2012

13/07/12: Sumbangan Jarsi Bolasepak / Futsal untuk Pasukan Teratak Iqra Taman Kenari

13/07/12: Sumbangan Jersi Bolasepak utk pasukan Teratak Iqra. Semoga hamba Allah ini diberkati dan dirahmati dan murahkan rezeki sekeluarga.

Disamping itu beliau menyumbangkan 15 helai sejadah dan 15 buku Surah Yasin.

Thursday, 12 July 2012

12/07/12: Majlis Membaca Surah Yasin dan Jamak Tahlil







Beginilah keadaan murid2 menjamu juadah seadanya. Murid2 lelaki didalam manakala murid2 perempuan diluar. Alhamdulilllah seronok tengok mereka ni semua.

Kemudian selepas ni dipanggil untuk membaca di Majlis kenduri Tahlil jamak di Blok 19 Taman Kenari. Kata adik Razak,"Ustaz ,kalau dekat rumah tu macam rumah orang kahwin",.

Setiba disana...memang betul.ramai betul anak2 murid menunggu diluar rumah.Semua nya memberi salam.Wahh...hebat ramai betul...seronok tengok mereka ni....

Selesai membaca saya suruh adik Razak membaca doa makan.semangat betul dia heheh....

11/07/12 @ 6.30 ptg : Murid2 belajar azan dan iqamat

 Melaungkan azan dan iqamat sebelum murid2 kumpulan pertama ini solat maghrib solat berjemaah dan diImamkan saya sendiri.
Murid2 kumpulan kedua solat isyak berjemaah.Selepas sedikit tazkirah kepada murid2 ini.Dan beberapa soalan dikemukakan oleh beberapa orang murid mengenai perkara ibadah solat.

11/07/12: Sumbangan Ikhlas ke Teratak Iqra


Thursday, 5 July 2012

04/07/12:Hari ini diadakan Majlis Kenduri Tahlil jamak bersamaan Nisfu Syaaban.

04/07/12:Hari ini diadakan Majlis Kenduri Tahlil jamak bersamaan Nisfu Syaaban. Masuk waktu maghrib adik Sarhan melaungkan azan. Elok sudah laungan azannya. Lepas Solat maghrib ramai2 membaca Surah Yasin dan seterusnya bertahlil jamak.Selesai majlis kelihatan bulan penuh kelihatan di ufuk timur. Sementara menunggu waktu isyak murid2 belajar hafal niat puasa dan bacaan berbuka puasa. Masuk waktu isyak adik Albani melaungkan azan dan iqamat. Selesai solat berjemaah. Murid2 menjamu juadah disediakan...