Thursday, 15 May 2014

PESAN IBU TENTANG AYAH:


Anakku… 
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.

Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat surga bagimu. 
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.

Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.

via Perindu Ramadhan

5.5.2014: Alhamdulillah, selepas belajar mengaji beberapa orang murid2 sekitar 10 orang diberi nasihat mengenai kewajipan solat. Kemudian kelas bersurai jam 8.30 malam.


03.05.2014: Alhamdulillah, Ceramah Perdana Utz Kazim Elias berjalan lancar.

Selama 2 hari berturut-turut. Bermula dengan persiapan dari 01.05.2014 sehinggalah pada 03.05.2014. Ustaz Kazim akan datang ke Sabah lagi. Destinasi nya Semporna pada bulan Jun 2014 dalam bulan Ramadan dan ustaz sendiri akan memimpin solat terawih dan seterusnya menyampaikan ceramah, insyaAllah.
Nota: kepada murid2 dewasa, ustaz mohon maaf kerana kelas dewasa untuk minggu ini tidak ada. InsyaAllah minggu depan kita akan teruskan.










16.4.2014: Murid2 menghafal semula doa selepas solat. Memandangkan ramai murid2 yang sudah lupa dengan bacaan doa selepas solat maka malam ini menghafal semula tersebut.





Monday, 24 February 2014

23.2.2014: Sementara menunggu murid2 kelas dewasa yang lain datang, mengajar dahulu 3 orang dewasa. Kemudian majlis baca doa selamat dan kesyukuran dimulaikan sempena Encik Ahmad Bakan selesai sdh belajar mengaji buku Iqra dan minggu depan akan mulai belajar membaca kitab suci Al Quran. Alhamdulillah setelah menikmati juadah seadanya @ santai sembang agama...majlis selesai jam 8.30 mlm






22.2.2014: Alhamdulillah,hari ini Encik Ahmad bin Bakan selesai belajar mengaji buku Iqra (belajar sejak bulan Mac 2012). Esok dia mula belajar mengaji Kitab Suci Al Quran.


21.02.2014: Tanggungjawab ibubapa bersama guru2 demi kebaikan anak2 mereka....




21.2.2014: Selepas mengajar mengaji murid2 dan kemudian memberi tazkirah kepada beberapa orang murid2 yang berminat seorang ayah kepada murid yang belajar disini datang ke rumah. Dalam perjumpaan tersebut banyak perkara dapat diperolehi. Katanya lepas solat isyak dari masjid dia melihat saya memberi tazkirah kepada murid2. Dia ingatkan anaknya ada bersama dgn murid2 yg lain mendengar tazkirah. Tetapi apabila dia berjalan menuju rumahnya dia melihat anaknya berkumpul disatu lorong perumahan bersama budak2 perumahan Tmn Kenari. Dia pun panggil pulang. Katanya selamanya saya ingatkan kamu dirumah utz dengar tazkirah...rupa2 disini kamu. Kata si ayah kepada saya, utz,setiap kali anaknya akhir pulang dia kata ada tazkirah. Saya pun maklum kepada si ayah ini, untuk makluman tuan, anak kita ini lepas mengaji akan minta izin awal pulang. Katanya dia mau ke masjid ikut ayahnya. Saya pun senang hati juga. Rupa2nya disebaliknya dia ke tempat lain. Si ayah minta maaf banyak2 kepada saya, "ustaz saya minta maaf atas kelakuan anak saya. Dulu saya hantar anak saya belajar disini. Ustaz tidak pernah minta apa2 bayaran.utz hanya minta izin untuk merotan anak2 saya sekiranya mereka melakukan kesalahan.saya izinkan utz rotan anak2 saya demi kebaikan mereka.tapi saya amat dukacita dgn perbuatan anak2 saya yg bersikap tidak menghormati utz yakni berbohong.saya tidak ajar mereka begitu.saya amat berterima kasih kepada utz kerana beberapa tahun mengajar anak saya mengaji dan juga agama.mungkin disebabkan pengaruh dan pergaulan dgn kawan mereka sanggup berbohong kepada saya dan juga utz. Saya kata kepada si ayah ini,alhamdulillah saya bersyukur kerana kita seorang ayah yg amat prihatin permasalahan demi kebaikan anak2 tuan.ada segelintir ibubapa murid2 tidak faham dan salah anggapan bila mendengar anak2 mereka." pada malam perjumpaan itu panjang juga perbualan kami. Selepas sekian lama berbincang si ayah pun pulang....

Ada seorang ibu yg anak2nya belajar mengaji di Teratak Iqra Taman Kenari yg menyangkakan selama ini anaknya pergi ke tempat belajar mengaji. Saya ke rumahnya ingin memaklumkan bahawa anak hampir setahun tidak mengaji. Si ibu amat terkejut! Saya beritahu kepadanya dari hujung bulan januari 2013 sehingga sekarang tidak pernah datang belajar mengaji. Kata si ibu, "terima kasih utz kerana memaklumkan kepada kami. Dulu saya sendiri yg hantar masuk anak2 untuk belajar mengaji di rumah utz.dan saya izinkan anak2 saya dirotan demi kebaikan mereka. InsyaAllah saya sendiri yg akan hantar dan ambil mereka pulang selepas mereka belajar mengaji. Saya minta maaf byk2 sekiranya anak2 saya ada yg bersikap tidak menghormati utz." saya pun beredar untuk ke rumah ibubapa murid2 yg lain yg bermasalah.tetapi oleh kerana masa agak akhir sudah maka saya pun beredar pulang....insyaAllah dimasa yang lain dapat dilaksanakan.

15.11.2013: Selamat bercuti. Tapi jangan tinggal solat. Dan kepada murid2 yg sudah Quran jgn lupa baca al Quran setiap hari @ paling sikit pun setengah muka surat ye...kelas akan dibuka semula 6.1.2014