21.2.2014: Selepas mengajar
mengaji murid2 dan kemudian memberi tazkirah kepada beberapa orang murid2 yang
berminat seorang ayah kepada murid yang belajar disini datang ke rumah. Dalam
perjumpaan tersebut banyak perkara dapat diperolehi. Katanya lepas solat
isyak dari masjid dia melihat saya memberi tazkirah kepada murid2. Dia ingatkan
anaknya ada bersama dgn murid2 yg lain mendengar tazkirah. Tetapi apabila dia
berjalan menuju rumahnya dia melihat anaknya berkumpul disatu lorong perumahan
bersama budak2 perumahan Tmn Kenari. Dia pun panggil pulang. Katanya selamanya
saya ingatkan kamu dirumah utz dengar tazkirah...rupa2 disini kamu. Kata si
ayah kepada saya, utz,setiap kali anaknya akhir pulang dia kata ada tazkirah.
Saya pun maklum kepada si ayah ini, untuk makluman tuan, anak kita ini lepas
mengaji akan minta izin awal pulang. Katanya dia mau ke masjid ikut ayahnya.
Saya pun senang hati juga. Rupa2nya disebaliknya dia ke tempat lain. Si ayah
minta maaf banyak2 kepada saya, "ustaz saya minta maaf atas kelakuan anak
saya. Dulu saya hantar anak saya belajar disini. Ustaz tidak pernah minta apa2
bayaran.utz hanya minta izin untuk merotan anak2 saya sekiranya mereka
melakukan kesalahan.saya izinkan utz rotan anak2 saya demi kebaikan mereka.tapi
saya amat dukacita dgn perbuatan anak2 saya yg bersikap tidak menghormati utz
yakni berbohong.saya tidak ajar mereka begitu.saya amat berterima kasih kepada
utz kerana beberapa tahun mengajar anak saya mengaji dan juga agama.mungkin
disebabkan pengaruh dan pergaulan dgn kawan mereka sanggup berbohong kepada
saya dan juga utz. Saya kata kepada si ayah ini,alhamdulillah saya bersyukur
kerana kita seorang ayah yg amat prihatin permasalahan demi kebaikan anak2
tuan.ada segelintir ibubapa murid2 tidak faham dan salah anggapan bila
mendengar anak2 mereka." pada malam perjumpaan itu panjang juga perbualan
kami. Selepas sekian lama berbincang si ayah pun pulang....
Ada seorang ibu yg anak2nya belajar mengaji di Teratak Iqra
Taman Kenari yg menyangkakan selama ini
anaknya pergi ke tempat belajar mengaji. Saya ke rumahnya ingin memaklumkan
bahawa anak hampir setahun tidak mengaji. Si ibu amat terkejut! Saya beritahu
kepadanya dari hujung bulan januari 2013 sehingga sekarang tidak pernah datang
belajar mengaji. Kata si ibu, "terima kasih utz kerana memaklumkan kepada
kami. Dulu saya sendiri yg hantar masuk anak2 untuk belajar mengaji di rumah
utz.dan saya izinkan anak2 saya dirotan demi kebaikan mereka. InsyaAllah saya
sendiri yg akan hantar dan ambil mereka pulang selepas mereka belajar mengaji.
Saya minta maaf byk2 sekiranya anak2 saya ada yg bersikap tidak menghormati
utz." saya pun beredar untuk ke rumah ibubapa murid2 yg lain yg
bermasalah.tetapi oleh kerana masa agak akhir sudah maka saya pun beredar
pulang....insyaAllah dimasa yang lain dapat dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment