Sunday, 15 March 2015

Teratak Iqra Taman Kenari 28/04/13-Murid2 belajar Taranum Al-Quran (Asas)

Kelas Teranum Teratak Iqra


Kelas Taranum dimulkan sejak 2013. Kelas ini diadakan untuk mendidik murid2 dapat mempelajari cara2 taranum asas. Amatlah kurang sekali kelas yang mengadakan kelas taranum di Daerah Sandakan amnya. Sehubungan itu maka kelas taranum diwujudkan agar murid2 generasi akan datang mahir ber taranum dan menjadi generasi yang cintakan AL-Quran, insyaAllah.

-------------------------------------------------------------------
[Klik pautan warna hijau untuk video klip murid2 belajar taranum]
Teratak Iqra Taman Kenari 28/04/13-Murid2 belajar Taranum Al-Quran (Asas)

Berikut adalah akitviti Kelas Taranum untuk tahun 2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[Foto bawah] 8.3.2015 kelas taranum al quran...md hafiz, syazlin dan nuraini. Manakala si kakak dan si adik datang untuk belajar iqra sebab hari dan ahad saja mereka boleh datang belajar mengaji.
 

-----------------------------------------------------------------------------

[Foto bawah] 1.3.2015 Latinan asas taranum mula dari jam 8 pagi dan selesai jam 9.50 pagi. Murid2 berehat sambil santai minum dan makan....




10.3.2015 Sebahagian borang maklumat murid2 telah dikembalikan untuk tujuan kemaskini rekod murid2 yg masih belajar di Teratak Iqra.



Saturday, 14 March 2015

2.3.2015 Alhamdulillah tempahan jersi murid2 telah siap dan telah dihantar ke rumah oleh sdr zul jam 9.45 mlm....




18.2.2015 Perujian Membaca Surah Fatihah dan Perujian Azan 2015

18.2.2015 Perujian Azan Murid2 Teratak Iqra 2015. Alhamdulillah, seramai 9 murid lelaki menyertai Perujian Azan 2015 [klik foto ubtuk imej besar]

 Perujian Membaca Surah al Fatihah (Kategori murid2 lelaki dan kategori murid2 perempuan.

 Perujian Azan



Sesi Foto Beramai2 murid2 Kelas Dewasa dan Murid2 Kelas Kanak2 2015

[klik foto untuk imej besar]


Alhamdulillah, sesi bergambar beramai2 murid2 Teratak Iqra 2015 selesai lebih kurang 8.55 pagi. Semua murid2 telah dimaklumkan awal2 agar semua dapat hadir untuk bergambar beramai2. Terdapat sebilangan murid2 tidak dapat hadir kerana ada kelas tusyen pada hari yang sama dan begitu juga kemungkinan ada ibubapa murid2 mempunyai urusan keluarga yang perlu diselesaikan. Kepada murid2 yang tidak dapat hadir hari ini kesian juga. InsyaAllah semoga dikesempatan dimasa akan datang dapat kita berkumpul dan bergambar beramai2 ye.(Foto sebahagian murid2 yang hadir untuk sesi bergambar beramai 2015.

Kelas Dewasa Kelas Belajar Al Quran, Kelas Fardu Ain Dan QA Musykil 2015


 [kllik foto untuk imej besar]
 
Sebahagian murid2 Kelas Dewasa 2015

  
 Sebahagian murid2 Kelas Dewasa 2015


 
Sebahagian murid2 Kelas Dewasa 2015

-------------------------------------------------------------


13.3.2015 Hari ini sebahagian murid2 Kelas dewasa yg hadir membaca surah yasin. Selepas baca doa yasin murid dewasa solat isyak berjemaah. Bagi murid dewasa lelaki belajar azan bergilir. Alhamdulillah boleh juga walaupun dalam keadaan gementar. Kemudian mereka belajar fardu ain dan kemudian QA musykil permasalahan agama.kelas bermula jam 6.50 dan bersurai jam 9.30 mlm.


 


--------------------------------------------------------------------------


10.3.2015 Alhamdulillah hari ini seorang murid dewasa (cik, berusia 24 thn) masuk daftar belajar mengaji bermula dari Iqra 1. Kesian juga sebab dia tinggal di batu 1.5 jalan labuk (Astana Height). Abangnya yg menghantar dan mengambil dia pulang.
Abangnya memaklumkan saya bahawa dia mencari maklumat dari google dan kemudian menghubungi saya untuk menghantar adik perempuannya yg ingin belajar mengaji di Teratak Iqra ini. Si abang bertanya kepada saya, "berapa yurannya sebulan, ustaz?" Saya kata kepadanya...saya mengajar selama ini semata-mata kerana Allah (redho Allah) dan juga berusaha membentuk generasi cintakan Al Quran yang taat perintah Allah.
Sekitar bulan Disember tahun lalu seorang murid dewasa lelaki (berusia 25 thn, kakitangan kerajaan berasal dari Sarawak) juga mencari maklumat di internet dan kemudian telah menghubungi saya memaklumkan hasratnya ingin belajar mengaji di Teratak Iqra. Alhamdulillah sehingga sekarang dia masih belajar di Teratak Iqra ini. Semoga mereka2 ini diberi kesabaran dan rajin belajar.
3 tahun yg lalu sepasang suami isteri yg berusia sekitar 40an dari Taman Mawar juga datang belajar mengaji disini. Lebih kurang setahun kemudian si suami dapat kerja di Kuala Lumpur. Sehingga skrg belum pernah berjumpa dgn mereka. Mudah2an Allah S.W.T. permudahkan perjalanan kehidupan mereka.
Diantara murid2 dewasa ini ada yang sudah berusia 57 tahun (surirumah dan mempunyai 3 orang cucu). Semoga Allah beri kesihatan afiat kepada seluruh keluarganya.
Hari ini setelah belajar mengaji murid2 dewasa diajar untuk membaca surah al Fatihah. Kemudian setiap seorang akan membaca semula surah tersebut utk diperbetulkan. Agak lucu juga ada seorang pelajar dewasa perempuan (cik berusia 40an) malu dan gementar utk membaca. Mungkin belum biasa. Alhamdulillah yg lain boleh membaca dan perlu diperbaiki lagi dan insyaAllah dgn berkat ketekunan mereka satu hari nanti mereka boleh membaca dgn betul....( 3 Foto - suasana murid2 dewasa bergilir membaca surah Al Fatihah).

 
----------------------------------------------------------------------
26.1.2015 Alhamdulillah, ini adalah pelajar tegar kelas dewasa (2 org tiada dalam foto sbb balik awal). Kelas dewasa mengaji selesai jam 9.30 mlm. Kelas dimulakan jam 8 mlm sbb kelas kanak2 hari ini ramai yg hadir...

 


----------------------------------------------------------------------------

Murid2 Kelas Dewasa membawa juadah untuk majlis Doa Selamat
untuk Kelas Teratak Iqra (Kelas kanak2 dan dewasa)


---------------------------------------------------------------------- 

Kelas Dewasa 2015
  
 Kelas Dewasa 2015
 

[Foto atas berdiri no. 3 dari kanan,seorang surirumah yg berusia 57 tahun 
(pelajar dewasa yg senior diantara mereka) belajar mula dari Iqra 1]


 Foto Kelas Dewasa 2013-2014
 

Foto Kelas Dewasa 2012
Foto Kelas Dewasa 2011

 Salah seorang surirumah berusia 47 tahun belajar di Teratak Iqra

-----------------------------------------------------------------------------