Monday, 24 February 2014

23.2.2014: Sementara menunggu murid2 kelas dewasa yang lain datang, mengajar dahulu 3 orang dewasa. Kemudian majlis baca doa selamat dan kesyukuran dimulaikan sempena Encik Ahmad Bakan selesai sdh belajar mengaji buku Iqra dan minggu depan akan mulai belajar membaca kitab suci Al Quran. Alhamdulillah setelah menikmati juadah seadanya @ santai sembang agama...majlis selesai jam 8.30 mlm






22.2.2014: Alhamdulillah,hari ini Encik Ahmad bin Bakan selesai belajar mengaji buku Iqra (belajar sejak bulan Mac 2012). Esok dia mula belajar mengaji Kitab Suci Al Quran.


21.02.2014: Tanggungjawab ibubapa bersama guru2 demi kebaikan anak2 mereka....




21.2.2014: Selepas mengajar mengaji murid2 dan kemudian memberi tazkirah kepada beberapa orang murid2 yang berminat seorang ayah kepada murid yang belajar disini datang ke rumah. Dalam perjumpaan tersebut banyak perkara dapat diperolehi. Katanya lepas solat isyak dari masjid dia melihat saya memberi tazkirah kepada murid2. Dia ingatkan anaknya ada bersama dgn murid2 yg lain mendengar tazkirah. Tetapi apabila dia berjalan menuju rumahnya dia melihat anaknya berkumpul disatu lorong perumahan bersama budak2 perumahan Tmn Kenari. Dia pun panggil pulang. Katanya selamanya saya ingatkan kamu dirumah utz dengar tazkirah...rupa2 disini kamu. Kata si ayah kepada saya, utz,setiap kali anaknya akhir pulang dia kata ada tazkirah. Saya pun maklum kepada si ayah ini, untuk makluman tuan, anak kita ini lepas mengaji akan minta izin awal pulang. Katanya dia mau ke masjid ikut ayahnya. Saya pun senang hati juga. Rupa2nya disebaliknya dia ke tempat lain. Si ayah minta maaf banyak2 kepada saya, "ustaz saya minta maaf atas kelakuan anak saya. Dulu saya hantar anak saya belajar disini. Ustaz tidak pernah minta apa2 bayaran.utz hanya minta izin untuk merotan anak2 saya sekiranya mereka melakukan kesalahan.saya izinkan utz rotan anak2 saya demi kebaikan mereka.tapi saya amat dukacita dgn perbuatan anak2 saya yg bersikap tidak menghormati utz yakni berbohong.saya tidak ajar mereka begitu.saya amat berterima kasih kepada utz kerana beberapa tahun mengajar anak saya mengaji dan juga agama.mungkin disebabkan pengaruh dan pergaulan dgn kawan mereka sanggup berbohong kepada saya dan juga utz. Saya kata kepada si ayah ini,alhamdulillah saya bersyukur kerana kita seorang ayah yg amat prihatin permasalahan demi kebaikan anak2 tuan.ada segelintir ibubapa murid2 tidak faham dan salah anggapan bila mendengar anak2 mereka." pada malam perjumpaan itu panjang juga perbualan kami. Selepas sekian lama berbincang si ayah pun pulang....

Ada seorang ibu yg anak2nya belajar mengaji di Teratak Iqra Taman Kenari yg menyangkakan selama ini anaknya pergi ke tempat belajar mengaji. Saya ke rumahnya ingin memaklumkan bahawa anak hampir setahun tidak mengaji. Si ibu amat terkejut! Saya beritahu kepadanya dari hujung bulan januari 2013 sehingga sekarang tidak pernah datang belajar mengaji. Kata si ibu, "terima kasih utz kerana memaklumkan kepada kami. Dulu saya sendiri yg hantar masuk anak2 untuk belajar mengaji di rumah utz.dan saya izinkan anak2 saya dirotan demi kebaikan mereka. InsyaAllah saya sendiri yg akan hantar dan ambil mereka pulang selepas mereka belajar mengaji. Saya minta maaf byk2 sekiranya anak2 saya ada yg bersikap tidak menghormati utz." saya pun beredar untuk ke rumah ibubapa murid2 yg lain yg bermasalah.tetapi oleh kerana masa agak akhir sudah maka saya pun beredar pulang....insyaAllah dimasa yang lain dapat dilaksanakan.

15.11.2013: Selamat bercuti. Tapi jangan tinggal solat. Dan kepada murid2 yg sudah Quran jgn lupa baca al Quran setiap hari @ paling sikit pun setengah muka surat ye...kelas akan dibuka semula 6.1.2014






15.11.2013: Suasana murid2 dihari terakhir kelas mengaji. Utz bertanya kepada murid2, " Berapa lama sudah utz tidak rotan kamu?" jawab seorang murid, " 5 bulan, utz." jadi hari ini sempena cuti kelas mengaji ini utz akan rotan murid2 yg tinggal solat. Yang hadir hari ini sebanyak 45 orang, semua nya kena rotan sekali sebab tinggal solat. Utz buat ini kerana utz anggap kamu semua macam anak2 utz juga. Dan kamu dirotan itu ialah utk mengingatkan supaya jgn tinggalkan solat.semoga murid2 menjadi pendiri solat yg tegar.









13.11.2013: Hari ini hari terakhir kelas dewasa bersama2. Majlis doa selamat diadakan. Isteri utz masakkan nasi beriani. Disamping itu juga dikalangan pelajar orang dewasa ada juga membawa juadah untuk dikongsi bersama. Ramai yg tidak hadir. Mungkin kerana hujan lebat. Kelas dewasa akan bercuti mulai esok dan akan dibuka semula pada 6.1.2014. Semoga kelas dewasa ini akan berterusan, insyaAllah.



Video klip suasana murid2 melancarkan bacaan Al Quran.

Video klip murid2 melancarkan bacaan

08.11.13 siap sudah jersi baru Teratak Iqra Taman Kenari FC...



7/11/2013: Selepas baca yasin,baca doa selamat untuk keluarga Radzlee (ayah mohd zikrie) dan juga sempena hari ulangtahun kelahiran Mohd Zikrie Asyraf Mohd Zikrie Asyraf II ke- 14...


24.10.2013: Murid2 berselawat selepas membaca surah Yasin...


24.10.2013: Alhamdulillah, suasana di majlis kesyukuran sempena Haji Imam Rafaeh Mohd selamat kembali setelah selesai mengerjakan ibadah Haji.




24.10.2013: Terima kasih kepada ibu Ryanabg Basri @ Ratnah Samsuddin buras,pulut dan ayam langkuas tu...dan juga ibu si ain @ Rozana Zeyn Komon kerana biskut coklatnya..