Kepada,
Ibubapa murid-murid mengaji,
Teratak Iqra Taman Kenari
Tuan/Puan,
JADUAL BARU HARI DAN MASA KELAS MENGAJI DI TERATAK IQRA TAMAN KENARI
Perkara diatas adalah dirujuk.
Untuk makluman ibubapa murid-murid jadual kelas mengaji Kitab Suci Al Quran dan Buku Iqra telah diubah. Perubahan jadual kelas iaitu hari dan masa untuk kelas tersebut. Perubahan tersebut dibuat kerana tenaga mengajar di Teratak Iqra sudah berkurangan maka perlunya diatur jadual tersebut agar tumpuan mengajar dapat dilaksanakan dengan sempurna demi mutu bacaan murid-murid.
Manakala program mingguan iaitu membaca Surah Yasin (setiap hari Khamis) akan diteruskan seperti biasa dimana pelajar Al Quran dan pelajar Iqra akan berkumpul bersama untuk membaca Surah Yasin dalam majlis tersebut. Sebarang sumbangan juadah dari ibubapa murid-murid adalah digalakkan semampu mengadakannya (tiada paksaan @ seikhlas adanya).
Saya juga memohon jasa baik ibubapa agar dapat memberi kerjasama untuk memantau (secara rawak) untuk memastikan murid-murid hadir belajar mengikut jadual. Saya khuatiri nanti ada murid-murid tidak hadir ke kelas mengaji dan pergi ke tempat lain (kes pernah berlaku).
Untuk makluman semua ibubapa, tiada sebarang bayaran dikenakan untuk murid-murid belajar di Teratak Iqra. Saya khuatiri nanti ada pula murid-murid meminta duit dari ibubapa kononnya Guru mengaji minta yuran dan sebagainya (kes pernah berlaku). Kami mengajar di Teratak Iqra selkhlas dan semampu kami demi medapat redha daripada Allah semata.
Dan juga saya memohon kepada ibubapa memberi galakan kepada anak-anak agar melaksanakan kewajipan mendirikan solat 5 waktu. Semoga ianya dapat mendidik mereka sedikit demi sedikt melaksanakannya dengan hati yang ikhlas, insyAllah.
Sekian, terima kasih.
Daripada,
Joehan Chow @ Joehan Ah Yuk
Pengajar Kelas Teratak Iqra
Taman Kenari, Sandakan

No comments:
Post a Comment