Sunday, 20 October 2013
20/10/13: Murid2 dari Teratak Iqra Sim-Sim berziarah Guru mereka di Teratak Iqra Taman Kenari. Solat maghrib berjemaah dgn Baktiar murid2 makan malam beramai (makcik masak). Lepas tu sembang2 dan sedikit takzirah. Kemudian bawa mereka makan ABC Special di Restoran Nusantara, bandar Indah Jaya, batu 4, Sandakan
Saturday, 19 October 2013
Sunday, 13 October 2013
Selamat Hari Raya Aidil Adha 1434 H / 2013 M
Untuk makluman ibubapa murid2 dan kelas dewasa, InsyaAllah kelas akan disambung semula pada 16hb Oktober 2013 bersamaan dengan hari Rabu.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1434 H /2013 M
Sunday, 6 October 2013
9.9.2013: Alhamdulillah, jadual baru berjalan lancar.
9.9.2013: Alhamdulillah, jadual baru berjalan lancar....murid2 iqra setiap hari isnin,rabu dan jumaat.namun malam jumaat semua berkumpul (iqra/quran). Manakala kelas dewasa hari ini ramai yg datang...kelas selesai kam 8.40 mlm
JADUAL BARU KELAS MENGAJI
Kepada,
Ibubapa murid-murid mengaji,
Teratak Iqra Taman Kenari
Tuan/Puan,
JADUAL BARU HARI DAN MASA KELAS MENGAJI DI TERATAK IQRA TAMAN KENARI
Perkara diatas adalah dirujuk.
Untuk makluman ibubapa murid-murid jadual kelas mengaji Kitab Suci Al Quran dan Buku Iqra telah diubah. Perubahan jadual kelas iaitu hari dan masa untuk kelas tersebut. Perubahan tersebut dibuat kerana tenaga mengajar di Teratak Iqra sudah berkurangan maka perlunya diatur jadual tersebut agar tumpuan mengajar dapat dilaksanakan dengan sempurna demi mutu bacaan murid-murid.
Manakala program mingguan iaitu membaca Surah Yasin (setiap hari Khamis) akan diteruskan seperti biasa dimana pelajar Al Quran dan pelajar Iqra akan berkumpul bersama untuk membaca Surah Yasin dalam majlis tersebut. Sebarang sumbangan juadah dari ibubapa murid-murid adalah digalakkan semampu mengadakannya (tiada paksaan @ seikhlas adanya).
Saya juga memohon jasa baik ibubapa agar dapat memberi kerjasama untuk memantau (secara rawak) untuk memastikan murid-murid hadir belajar mengikut jadual. Saya khuatiri nanti ada murid-murid tidak hadir ke kelas mengaji dan pergi ke tempat lain (kes pernah berlaku).
Untuk makluman semua ibubapa, tiada sebarang bayaran dikenakan untuk murid-murid belajar di Teratak Iqra. Saya khuatiri nanti ada pula murid-murid meminta duit dari ibubapa kononnya Guru mengaji minta yuran dan sebagainya (kes pernah berlaku). Kami mengajar di Teratak Iqra selkhlas dan semampu kami demi medapat redha daripada Allah semata.
Dan juga saya memohon kepada ibubapa memberi galakan kepada anak-anak agar melaksanakan kewajipan mendirikan solat 5 waktu. Semoga ianya dapat mendidik mereka sedikit demi sedikt melaksanakannya dengan hati yang ikhlas, insyAllah.
Sekian, terima kasih.
Daripada,
Joehan Chow @ Joehan Ah Yuk
Pengajar Kelas Teratak Iqra
Taman Kenari, Sandakan

02/09/13: Alhamdulillah kelas mengaji mula berjalan seperti biasa
02/09/13: Alhamdulillah kelas mengaji mula berjalan seperti biasa. Kelas ditutup sejak bermulanya bulan ramadan @ puasa. Hari ini (02/09/13) yang hadir lebih kurang 35 orang. Murid2 kelas IQRA bercampur dgn murid2 kelas AL Quran. Ramai yg belum datang lagi. Yang tinggal agak jauh sedikit dihantar dan diambil oleh ibubapa seperti kebiasaannya...
Subscribe to:
Posts (Atom)