Sunday, 13 October 2013

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1434 H / 2013 M


Untuk makluman ibubapa murid2 dan kelas dewasa, InsyaAllah kelas akan disambung semula pada 16hb Oktober 2013 bersamaan dengan hari Rabu.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1434 H /2013 M

Sunday, 6 October 2013

Assalamualaikum, kepada semua ibubapa, murid2 dan murid dewasa. Untuk makluman semua esok hari isnin (07.09.2013) tiada kelas mengaji kerana saya ada mesyuarat sehingga jam 11.00 mlm. Kelas akan berjalan seperti biasa pada hari selasa (08.09.2013). terima kasih. wassalam.


03.10.13: Murid2 menjamu juadah selepas program mingguan @ membaca surah Yasin


21/09/2013 : Cetak jersi Teratak Iqra FC siap.


9.9.2013: Alhamdulillah, jadual baru berjalan lancar.


9.9.2013: Alhamdulillah, jadual baru berjalan lancar....murid2 iqra setiap hari isnin,rabu dan jumaat.namun malam jumaat semua berkumpul (iqra/quran). Manakala kelas dewasa hari ini ramai yg datang...kelas selesai kam 8.40 mlm

07.09.2013 program mingguan membaca surah Yasin



5.9.2013: Solat maghrib...Mohd Hafiz iqamat.


04/09/2013: Kelas Dewasa juga sudah bermula






03.09.13:Alhamdulillah hari ini ramai murid2 hadir sekitar 60 orang berselih ganti datang...


03.09.13:Alhamdulillah hari ini ramai murid2 hadir sekitar 60 orang berselih ganti datang...

JADUAL BARU KELAS MENGAJI


Kepada,
Ibubapa murid-murid mengaji,
Teratak Iqra Taman Kenari

Tuan/Puan,

JADUAL BARU HARI DAN MASA KELAS MENGAJI DI TERATAK IQRA TAMAN KENARI

Perkara diatas adalah dirujuk.

Untuk makluman ibubapa murid-murid jadual kelas mengaji Kitab Suci Al Quran dan Buku Iqra telah diubah. Perubahan jadual kelas iaitu hari dan masa untuk kelas tersebut. Perubahan tersebut dibuat kerana tenaga mengajar di Teratak Iqra sudah berkurangan maka perlunya diatur jadual tersebut agar tumpuan mengajar dapat dilaksanakan dengan sempurna demi mutu bacaan murid-murid.

Manakala program mingguan iaitu membaca Surah Yasin (setiap hari Khamis) akan diteruskan seperti biasa dimana pelajar Al Quran dan pelajar Iqra akan berkumpul bersama untuk membaca Surah Yasin dalam majlis tersebut. Sebarang sumbangan juadah dari ibubapa murid-murid adalah digalakkan semampu mengadakannya (tiada paksaan @ seikhlas adanya).

Saya juga memohon jasa baik ibubapa agar dapat memberi kerjasama untuk memantau (secara rawak) untuk memastikan murid-murid hadir belajar mengikut jadual. Saya khuatiri nanti ada murid-murid tidak hadir ke kelas mengaji dan pergi ke tempat lain (kes pernah berlaku).

Untuk makluman semua ibubapa, tiada sebarang bayaran dikenakan untuk murid-murid belajar di Teratak Iqra. Saya khuatiri nanti ada pula murid-murid meminta duit dari ibubapa kononnya Guru mengaji minta yuran dan sebagainya (kes pernah berlaku). Kami mengajar di Teratak Iqra selkhlas dan semampu kami demi medapat redha daripada Allah semata.

Dan juga saya memohon kepada ibubapa memberi galakan kepada anak-anak agar melaksanakan kewajipan mendirikan solat 5 waktu. Semoga ianya dapat mendidik mereka sedikit demi sedikt melaksanakannya dengan hati yang ikhlas, insyAllah.

Sekian, terima kasih.

Daripada,

Joehan Chow @ Joehan Ah Yuk
Pengajar Kelas Teratak Iqra
Taman Kenari, Sandakan

02/09/13: Alhamdulillah kelas mengaji mula berjalan seperti biasa



02/09/13: Alhamdulillah kelas mengaji mula berjalan seperti biasa. Kelas ditutup sejak bermulanya bulan ramadan @ puasa. Hari ini (02/09/13) yang hadir lebih kurang 35 orang. Murid2 kelas IQRA bercampur dgn murid2 kelas AL Quran. Ramai yg belum datang lagi. Yang tinggal agak jauh sedikit dihantar dan diambil oleh ibubapa seperti kebiasaannya...

Wednesday, 24 July 2013

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA


KELAS MENGAJI AKAN DIBUKA SEMULA PADA 1HB SEP 2013


KELAS MENGAJI AKAN DIBUKA SEMULA PADA 1HB SEP 2013

03/05/2013: Majlis Khatam Al-Quran 2.0 Teratak Iqra Taman Kenari


03/05/2013: Majlis Khatam Al-Quran 2.0 Teratak Iqra Taman Kenari. Murid2 yang telah khatam Al-Quran : Azlina Artari,Mohd Syazwan, Sarhan Bdksqndqkqn(Sarhan Ahmad), Mohd Nazrullah Nordin, Nur Rafiq Syafiq Yahya Walli. Alhamdulillah.SYukur ke hadrat Allah kerana ini adalah kumpulan kedua murid2 dari Taratak Iqra yang telah khatam Al-Quran. Sebelum ini Mohd Syami yang pertama khatam Al-Quran pada tahun 2010.

Kisah gadis kecil bernama Bara'ah.


Kisah gadis kecil bernama Bara'ah.

Kisah gadis kecil berasal Mesir berumur 10 tahun bernama Bara'ah, orang tuanya doktor dan berpindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Pada usia ini, Bara'ah menghafal seluruh Al Qur'an dengan tajweed. Keluarganya sederhana dan berkomitmen untuk Islam dan ajaran-ajarannya, hingga suatu hari ibunya mulai merasa sakit perut yang teramat dan setelah beberapa kali diperiksakan, tahulah dia menderita kanser, dan kanser ini sudah dalam keadaan kronik. Ibu Bara’ah berfikir untuk memberitahu Bara’ah, lalu diucapkan pada si puterinya,

"Bara’ah aku akan pergi ke syurga , tapi aku ingin kamu selalu membaca Al-Quran dan menghafalkannya setiap hari kerana Ia akan menjadi pelindungmu kelak... "

Gadis kecil itu tidak mengerti apa yang ibunya katakan , Tapi dia mulai merasakan perubahan keadaan ibunya, terutama ketika ia mulai dipindahkan ke hospital untuk waktu yang lama. Gadis kecil ini menggunakan waktu sepulang sekolahnya untuk menjenguk ibunya ke hospital dan membaca Quran untuk ibunya sampai malam sampai ayahnya datang dan membawanya pulang.

Suatu hari pihak hospital memberitahu ayah Bara’ah bahwa keadaan isterinya itu sangat teruk dan dia perlu datang ke hospital, lalu ayah Bara’ah menjemput Bara’ah dari sekolah dan menuju ke hospital. Ketika mereka tiba di depan hospital ayahnya memintanya untuk tunggu dalam kereta supaya dia tidak terkejut seandainya ibunya jika ibunya meninggal dunia. Ayah keluar dari keretanya, dengan penuh air mata di matanya, ia menyeberang jalan untuk masuk hospital, tapi tiba-tiba datang sebuah kereta melaju dan melanggar ayah Bara’ah dan dia meninggal ketika itu jua di depan puterinya itu...

Betapa tak terbayangkan tangis gadis kecil ini pada saat itu...! Tragedi Bara’ah belum selesai sampai di sini... berita kematian ayahnya yang disembunyikan dari ibu Bara’ah yang masih terlantar di hospital, namun setelah lima hari semenjak kematian ayahnya akhirnya ibu Bara’ah meninggal dunia juga. Dan kini gadis kecil ini sendirian tanpa kedua orangtuanya , dan dengan bantuan teman-teman ayahnya untuk mencarikan keluarga di Mesir, sehingga keluarganya boleh merawatnya.

Tak berapa lama tinggal di Mesir, Bara’ah mulai mengalami kesakitan seperti yang pernah dialami ibunya, dan oleh keluarganya ia lalu di periksakan dan dapati Bara’ah juga mengidap kanser.. tapi sungguh mengejutkan kala dia di beritahu bahawa dia menderita kanser, Bara’ah menjawab kala itu: "Alhamdulillah, saya akan bertemu dengan kedua orang tua saya." Semua teman-teman dan keluarga terkejut. Gadis kecil ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi dan dia tetap sabar dan ikhlas dengan apa yang ditetapkan Allah untuknya!

Subhanallah!

Orang-orang mulai mendengar tentang Bara’ah dan ceritanya, dan salah seorang dermawan dari Saudi memutuskan untuk mengurus perubatan Bara’ah.

Salah satu channel TV Islam "Al Hafiz" sempat menghubungi melalui tefefon dengan gadis kecil ini dan memintanya untuk membaca Quran ... dan video diini adalah suara indah yang di lantunkan oleh Bara’ah.

Hari-hari berlalu dan kanser mulai merebak di seluruh tubuhnya, para doktor memutuskan untuk memotong kakinya, dan ia tetap bersabar dengan apa yang ditetapkan Allah baginya, tapi beberapa hari setelah operasi kakinya sekarang kansernya telah merebak ke otak, lalu doktor memutuskan untuk melakukan operasi otak, dan Bara’ah koma seketika sebelum dijemput bertemu ibunya disyurga pada 26 Jun 2010.

Berbahagialah buat Bara'ah dan ibu bapanya di dalam perjuangan meraih redha Allah.

Sunday, 10 February 2013

SOLAT


RAYUAN RINDU

02/02/2013:Saya kagum dengan rozak kerana semakin hari keinginan belajar azan dan menjadi imam begitu seriusnya dia. semalam semasa mengimamkan solat isyak dia laksanakan dgn serius.kebiasaannya dia ni bermain dan ketawa...kali ini tidak.jadi lepas baca doa dan selesai solat saya panggil dia dan saya peluk dia kerana komitmennya melaksanakan tanggungjawab.mudah2an Allah memberi hidayah dan membantunya mentaati Allah.



26/01/2013:Majlis Perhimpunan / Perarakan Sempena Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sandakan.sedihnya tu...tahun ini tidak dapat ikut berarak sebab datang sakit semasa berdiri sebagai ketua kontigen bersama ketua2 kontingen yg lain didepan Grandstand.terpaksa keluar dan memaklumkan Pengurus Kanan saya pulang (sakit) saya meminta AMO (amandi asmat) mengganti tempat saya.pulang rumah makan ubat terus berehat tidur.jam 2 ptg majlis taklimat KN yg dihadiri oleh Ketua Menteri.Tidak dapat membaca doa masih sakit .alhamdulillah Ustaz Sabari ambil alih tugas tersebut...majlis berjalan lancar. —


24/01/13:Membaca Surah Yasin dan berselawat (29 photos) 24/01/13:Membaca Surah Yasin dan berselawat sempena maulidur rasul...







KELAS IQRA SIM-SIM (KISS), JAMBATAN 17, KAMPUNG BERHALA DARAT, SIM-SIM.(2001-2007)


AKTIVITI SEPANJANG 2012

16/01/13:Alhamdulillah muhd nurizam mulai mengaji Kitab Suci Al Quran,Kelas Dewasa selesai jam 9 mlm.


15/01/13:Alhamdulillah Masturina esok mengaji Kitab Suci Al Quran (3 photos) 15/01/13:Alhamdulillah Masturina mulai esok akan mengaji Kitab Suci Al Quran.


11/01/13:Murid2 dilatih berselawat dan beri nasihat... (5 photos) 11/01/13: Murid2 dilatih berselawat dan beri nasihat...kelas bersurai jam 8.30 mlm.