Sunday, 15 April 2012

14/04/2012: Berjogging / Berjalan bersama murid2 di Taman Sandakan @ Sandakan Memorial Park


Alhamdulillah murid2 ini lah (Geng Jogging) yang selalu menemani kami berjalan di Taman Sandakan.

Semasa berjalan di taman tersebut terjumpa sepasang lelaki dan perempuan yg asyik berpelukan di taman tanpa mempedulikan orang awam berjogging/berjalan di taman.saya bertanya kepada mereka berdua adakah mereka sudah berkahwin? Spontan jawaban mereka,YA. Saya bertanya kepada kawan mereka yang duduk dekat pasangan tersebut.Mereka mengatakan bahawa pasangan tersebut (kawan mereka) belum berkahwin lagi.

Saya tegur (dengan nada tinggi) pasangan tersebutKamu berdua telah melakukan: (1)Buat kerja tidak senonoh berpeluk-pelukan dikalayak ramai dan (2) Sanggup berbohong demi untuk menghalalkan perbuatan mereka dan mengatakan bahawa mereka bukannya berdua-duaan,  mereka lakukan dikhalayak. Pasangan awam tersebut memohon maaf. Saya suruh mereka balik pulang jika tidak saya akan panggil polis (gertak saja) dan bawa mereka berjumpa ibubapa mereka.Mereka memohon maaf dan beredar. Dan saya meneruskan berjalan di taman.

Semasa hendak pulang murid2 mengadu bahawa pasangan tersebut bertanya kepada mereka ‘apa juga kerja pakcik tu?’ mereka jawab itu Ustaz kami yang mengajar kami agama Islam (Alhamdulillah). Pasangan tersebut terus beredar dan menaiki kereta.

No comments:

Post a Comment