Monday, 30 April 2012

29/04/12: Kelas Dewasa Teratak Iqra



Kalau minggu lalu pelajar lelaki belajar iqamat, minggu ini mereka belajar melaungkan azan.Alhamdulillah semuanya boleh...cuma kena buang jauh2 sifat malu tu...Selepas belajar mengaji,solat isyak berjemaah dan seterusnya belajar Fardu Ain bab Thaharah.Kelas selesai jam 8.40 mlm.


Sunday, 29 April 2012

28/04/12:Kelas Dewasa teratak Iqra...


Alhamdulillah 3 orang lagi muslimah daftar untuk belajar membaca Al-Quran dan belajar Fardu Ain.Selepas belajar pelajar dewasa solat isyak berjemaah.kalau minggu lalu belajar iqamat,utk malam tadi pula pelajar lelaki belajar azan.selepas itu pelajaran fardu ain...(Alhamdulillah,setakat ini lebih kurang 21 pelajar dewasa yg belajar di Teratak Iqra ini).

28/04/12 @ 4 petang:28/04/12: Geng jogging/walking di Taman Sandakan@Memorial Park...








.

Pada 26/04/12:Keadaan tempat solat agak terhad...


 Keadaan tempat solat agak terhad sehinggakan Nurul Hawa solat atas tangga.kesian...mudah2an kalau ada rezeki mau dibesarkan lagi.bahagian luar juga ada murid2 solat tapi ruang nya agak kecil...

28/04/12:Teringat sewaktu berpindah dari Kg Berhala Darat @ Kg Bumiputera Melayu....



Masih teringat lagi akan murid2 dari Kelas Iqra Sim2 yg dibawa ke mari untuk sama2 khatam Al-Quran dan membaca doa selamat sempena berpindah ke rumah baru ini (Taman Kenari).

Thursday, 26 April 2012

25/04/12: Geng Teranum Al-Quran




Inilah Geng Teranum Teratak Iqra.Lepas mengaji mereka belajar teranum Al-Quran,solat isyak berjemaah dan kemudian sambung semula.mereka pulang jam 8.30 mlm.Murid2 dari Taman Rajawali dan Taman Nuri diambil oleh ibubapa mereka.Jadual kelas teranum diatur semula (setiap hari isnin,selasa dan rabu).Jadual diatur untuk membolehkan kelas orang dewasa ditambah pada hari jumaat.

Sunday, 22 April 2012

22/04/12: Kelas Dewasa belajar mengaji Al-Quran



22/04/12: Selepas Belajar mengaji,solat isyak berjemaah.Setiap pelajar dewasa lelaki diajar iqamah.Selepas solat isyak pelajar dewasa diberi pendididkan Fardu Ain.Kelas selesai jam 8.45 mlm.

 Kelas Dewasa belajar mengaji Al-Quran.Pelajar memohon agar kelas ini ditambah 1 hari lagi.Makna 3 kali seminggu.Mungkin cadangan itu akan dipertimbangkan,insyaAllah.



22/04/12:Berjalan santai...mulai jam 4.00 ptg...balik jam 5.15 ptg




Berjalan kaki dari Taman kenari ke memorial Park.kemudian ke Taman Merpati dan terus ke Taman Nuri dan balik semula ke Taman kenari.Perjalanan lebih kurang 1 jam 15 minit.

22/04/12: Jam 9.00 pagi ,sebahagian murid2 yang awal datang mengaji


21/04/12: Kelas Belajar membaca Al-QUran untuk orang dewasa...


Alhamdulillah,hari ini ramai yg hadir untuk belajar. Dan beberapa orang tidak tidak dapat hadir kerana ada urusan keluarga.Semoga kelas ini berterusan.Dan semoga kumpulan ini menjadi landasan ke arah keluarga cemerlang dan ibubapa yg bertaqwa,insyaAllah.


18/04/12: Mesyuarat Jawatankuasa pelaksana


Semalam (18/04/12) tidak berapa sihat demam. Mengajar murid2 hingga jam 7 mlm. Kemudian menghadirkan diri di Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Majlis Permuafakatan Dan Integriti 1 Sandakan.Lepas mesyuarat jam 10 mlm terus pulang makan ubat dan berehat tidur.Alhamdulillah pagi ni mulai beransur hilang demam..

Sunday, 15 April 2012

14/04/2012: Kelas Orang Dewasa


Hari ini 6 orang murid dewasa (Ibubapa murid2 dan bukan ibubapa murid2) hadir. Yang lain tidak dapat hadir kerana bertugas dan ada halangan badan (ibu2).

14/04/2012: Berjogging / Berjalan bersama murid2 di Taman Sandakan @ Sandakan Memorial Park


Alhamdulillah murid2 ini lah (Geng Jogging) yang selalu menemani kami berjalan di Taman Sandakan.

Semasa berjalan di taman tersebut terjumpa sepasang lelaki dan perempuan yg asyik berpelukan di taman tanpa mempedulikan orang awam berjogging/berjalan di taman.saya bertanya kepada mereka berdua adakah mereka sudah berkahwin? Spontan jawaban mereka,YA. Saya bertanya kepada kawan mereka yang duduk dekat pasangan tersebut.Mereka mengatakan bahawa pasangan tersebut (kawan mereka) belum berkahwin lagi.

Saya tegur (dengan nada tinggi) pasangan tersebutKamu berdua telah melakukan: (1)Buat kerja tidak senonoh berpeluk-pelukan dikalayak ramai dan (2) Sanggup berbohong demi untuk menghalalkan perbuatan mereka dan mengatakan bahawa mereka bukannya berdua-duaan,  mereka lakukan dikhalayak. Pasangan awam tersebut memohon maaf. Saya suruh mereka balik pulang jika tidak saya akan panggil polis (gertak saja) dan bawa mereka berjumpa ibubapa mereka.Mereka memohon maaf dan beredar. Dan saya meneruskan berjalan di taman.

Semasa hendak pulang murid2 mengadu bahawa pasangan tersebut bertanya kepada mereka ‘apa juga kerja pakcik tu?’ mereka jawab itu Ustaz kami yang mengajar kami agama Islam (Alhamdulillah). Pasangan tersebut terus beredar dan menaiki kereta.

Friday, 13 April 2012

12/04/2012: Program Mingguan (membaca Surah Yasin...

Juadah sumbangan ibubapa murid2.Semoga dimurahkan rezeki kepada mereka ini semua atas sumbagan yg telah diberikan.

Murid2 menikmati hidangan selepas selesai membaca surah Yasin.