Monday, 24 February 2014

15.11.2013: Selamat bercuti. Tapi jangan tinggal solat. Dan kepada murid2 yg sudah Quran jgn lupa baca al Quran setiap hari @ paling sikit pun setengah muka surat ye...kelas akan dibuka semula 6.1.2014






15.11.2013: Suasana murid2 dihari terakhir kelas mengaji. Utz bertanya kepada murid2, " Berapa lama sudah utz tidak rotan kamu?" jawab seorang murid, " 5 bulan, utz." jadi hari ini sempena cuti kelas mengaji ini utz akan rotan murid2 yg tinggal solat. Yang hadir hari ini sebanyak 45 orang, semua nya kena rotan sekali sebab tinggal solat. Utz buat ini kerana utz anggap kamu semua macam anak2 utz juga. Dan kamu dirotan itu ialah utk mengingatkan supaya jgn tinggalkan solat.semoga murid2 menjadi pendiri solat yg tegar.









13.11.2013: Hari ini hari terakhir kelas dewasa bersama2. Majlis doa selamat diadakan. Isteri utz masakkan nasi beriani. Disamping itu juga dikalangan pelajar orang dewasa ada juga membawa juadah untuk dikongsi bersama. Ramai yg tidak hadir. Mungkin kerana hujan lebat. Kelas dewasa akan bercuti mulai esok dan akan dibuka semula pada 6.1.2014. Semoga kelas dewasa ini akan berterusan, insyaAllah.



Video klip suasana murid2 melancarkan bacaan Al Quran.

Video klip murid2 melancarkan bacaan

08.11.13 siap sudah jersi baru Teratak Iqra Taman Kenari FC...



7/11/2013: Selepas baca yasin,baca doa selamat untuk keluarga Radzlee (ayah mohd zikrie) dan juga sempena hari ulangtahun kelahiran Mohd Zikrie Asyraf Mohd Zikrie Asyraf II ke- 14...


24.10.2013: Murid2 berselawat selepas membaca surah Yasin...


24.10.2013: Alhamdulillah, suasana di majlis kesyukuran sempena Haji Imam Rafaeh Mohd selamat kembali setelah selesai mengerjakan ibadah Haji.




24.10.2013: Terima kasih kepada ibu Ryanabg Basri @ Ratnah Samsuddin buras,pulut dan ayam langkuas tu...dan juga ibu si ain @ Rozana Zeyn Komon kerana biskut coklatnya..