Tuesday 29 March 2016

28.3.2016 Alhamdulillah. Kelas Dewasa bermula jam 7.50 mlm dan bersurai jam 9.20 mlm. Ada seorang murid dari Tmn Rajawali masuk belajar kelas dewasa. Manakala Kelas Iqra/Al Quran (kanak2 dan remaja) ada 4 org murid baru dari Tmn Nuri masuk daftar belajar mengaji (ibu mereka telah datang mendaftar)


27.3.2016 Alhamdulillah. Foto suasana di Karnival Al Aqsa Dihatiku dan di Teratak Iqra
























25.3.2016 Alhamdulillah. Perjalanan Pasukan Teratak Iqra di Pertandingan Futsal (umur 15-18 tahun) Karnival Al Aqsa Dihatiku anjuran AMAN PALESTIN di Padang Bandaran Sandakan. Pasukan Futsal Teratak Iqra hanya mampu ke pusingan ketiga. Jam 4.30 petang giliran pasukan Teratak Iqra bermain melawan pasukan RK TLDM. Pasukan Teratak Iqra telah tewas dalam penentuan penalti sudden death...setelah siri jaringan 1 sama. Dan penentuan pemenang ditentukan dengan tendangan penalti. Tendangan penalti juga seri 3-3. Penentuan dengan penalti 'sudden death' dimana pasukan Teratak Iqra tewas 1-0. Pada keesokan hari (26.3.2016 @ sabtu) Pasukan Teratak Iqra menang tanpa lawan (diberi jaringan 3-0). Kemudian disebelah petang bertemu dengan pasukan yang kuat iaitu PUSAKA. Pasukan Teratak Iqra tewas 2-1. Tahniah kepada pasukan Teratak Iqra bermain dgn baik.










27.3.2016 Alhamdulillah (Segala Puji Bagi Allah). SOUTUL JINAN mendapat tempat Ke-2 dalam Pertandingan Nasyid di Karnival Al Aqsa Dihatiku. Manakala kumpulan nasyid SOFUN NIDA mendapat tempat Ke-5. Kebanyakan penyanyi kedua kumpulan ini terdiri dari murid2 baru (hanya 6 org murid lama) namun pencapaian serta komitmen mereka sepanjang latihan telah menghasilkan kejayaan. Tahniah.



25.3.2016 Alhamdulillah. 3 orang murid Teratak Iqra (Muhd Hafiz @ Sumarni Malik, Muhd Zulhakim Radzle dan Muhd Zulfadzle Jafar) buat kali pertama kali menyertai Bilal Junior di Karnival Al Aqsa Dihatiku anjuran Aman Palestin Sabah di Padang Bandaran Sandakan. Seramai 30 lebih pelajar menyertai perujian tersebut. Manakala bahagian BILAL JUNIOR ketiga2 wakil Teratak Iqra tidak berjaya mendapat sebarang tempat namun ianya telah berjaya mendidik murid2 berani ke hadapan utk melaksanakan tugas masing2. Semoga ini menjadi sebagai motivasi kepada mereka agar berusaha dan tidak berputus asa membaiki segala kekurangan... Tahniah kepada murid2 tersebut kerana melaksanakan dgn baik.