Monday 1 February 2016

19.1.2016 Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Teratak Iqra 2016-2017. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yg hadir di mesyuarat. Atas usaha semua maka tertubuhlah Jawatankuasa Teratak Iqra 2016-2017. Diharap semua dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kesabaran, keikhlasan, jujur dan amanah demi memartabatkan agama islam dalam masyarakat dan dalam kehidupan kita seharian....Cemerlang di dunia, cemerlang di akhirat. insyaAllah.


 

















30.1.2016 Alhamdulillah..Mesyuarat pertama AJK Teratak Iqra Sesi 2016-2017. Mesyuarat ditangguh kira2 jam 9.35 mlm. Alhamdulillah. Terima kasih Zulhuzaimy @ puan rafidah kerana bantu utz ambil foto semasa mesyuarat dijalankan. Terima kasih juga kepada puan rafidah penyediaan juadah ringan @ mee goreng dan juga kopi susu tadi. Terima kasih juga kepada puan hamisah dan puan sarijam membantu tadi...dan tidak lupa kepada semua ajk yg lain yg byk menyumbangkan pandangan dan idea. Mudah2an apa yg dirancang utk Teratak Iqra sepanjang tahun ini dipermudahkan oleh Allah SWT







01.02.2016 Penilaian Pelajar Kelas Al- Quran Remaja untuk bulan Januari 2016. Mohon kerjasama dari ibubapa pelajar dapat memaklumkan di Teratak Iqra ini sama ada pelajar sudah berhenti belajar disebabkan berpindah atau sebagainya. Ini adalah untuk memberi ruang kepada murid baru yang ingin belajar di Teratak Iqra ini.


31.1.12016 Alhamdulillah, hari ini Mohd Hafiz @ Sumarni Malik menjadi imam dalam solat isyak berjemaah. Semasa kelas tadi Hafiz dalam pemeriksaan bacaan tajwid (Surah Al-Kahfi, ayat 1-ayat 5) tiada kesalahan. Kemudian sesi hafazan hafiz telah menghafaz 5 ayat pertama surah Al-Kahfi. Dan ustaz telah arahkannya membaca ayat tersebut semasa solat isyak jemaah. Terang hatinya. Mudah2an Hafiz menjadi anak yang soleh. Begitu juga dengan rakan2 sepengajiannya.