Friday, 16 November 2012
Wednesday, 14 November 2012
AWAL MUHARAM 1434 HIJRAH: Doa akhir tahun dan Doa awal tahun
Allah SWT berselawat ke atas
penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan
kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan,
apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau
tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan
Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam
keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku
dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.
Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku
melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau
menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon
kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha
Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima
taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai
Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas
ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas
mereka.
Allah SWT berselawat ke atas
penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan
kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan,
Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang
besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul
di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari
syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan
terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang
mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih
dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad.
Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan
kesejahteraan ke atas mereka.
Tuesday, 6 November 2012
Sunday, 4 November 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)